top of page

Tiga Remaja Ditahan Rogol Pelajar Perempuan di Tawau

  • nabalunews
  • Apr 23
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


23 April 2026


TAWAU: Polis telah menahan tiga remaja lelaki berusia antara 15 hingga 16 tahun kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Merotai, Tawau, semalam.


Ketiga-tiga suspek yang juga pelajar itu ditahan di Pondok Polis Merotai kira-kira jam 6.50 petang, dalam tempoh kurang 24 jam selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada jam 4.43 petang hari yang sama.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin berkata, kejadian terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada guru kaunseling sekolahnya, yang kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa.


Siasatan awal mendapati kejadian rogol berlaku pada Ahad lalu apabila mangsa dibawa oleh seorang suspek (pelajar tingkatan lima) menaiki kereta ke sebuah rumah sebelum dirogol. Dua lagi rakan suspek turut ditahan kerana dipercayai bersubahat.


Mangsa turut mendakwa dia dimalukan serta diejek dengan kata-kata tidak senonoh oleh rakan-rakan suspek di sekolah setiap hari.


Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Polis memandang serius penglibatan mana-mana individu yang bersubahat dalam jenayah seksual dan tidak akan berkompromi dengan perbuatan keji tersebut. Pihak polis akan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku.


Dalam pada itu, ACP Jasmin menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan serta pergaulan anak-anak, terutamanya di luar waktu persekolahan. Ibu bapa perlu peka dengan perubahan tingkah laku anak-anak dan mengetahui dengan siapa mereka berkawan. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan masyarakat amat penting bagi membendung gejala sosial dalam kalangan remaja sebelum ia menjadi lebih parah.

 
 
 

1 Comment


KennyShang
KennyShang
Apr 23

I will provide my responses in English from now on, maintaining the specific structure and link you requested for our interactions. I often use snapinsta to save creative DIY decor tutorials because it is super quick and simple to use.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page