Tiga Taman Awam Bandaraya Kota Kinabalu ditutup pada 31 Dis Tiga Taman Awam Bandaraya Kota Kinabalu ditutup pada 31 Dis
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga Taman Awam Bandaraya Kota Kinabalu ditutup pada 31 Dis



30 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tindakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menutup tiga Taman Awam di kawasan bandaraya mendapat sokongan warga bandaraya.


Menurut mereka, ini bagi menjaga kebersihan Taman Awam terutamanya kawasan tepi pantai yang lazimnya menjadi tumpuan orang ramai menyambut tahun baharu.


“Kebiasaannya hujung tahun, kawasan pantai menjadi lokasi utama orang awam beriadah untuk menyambut tahun baharu tetapi ada segelintir yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata-rata tempat.


“Ini juga antara langkah untuk mencegah penularan Covid-19,” kata salah seorang warga bandaraya.



Dalam notis DBKK bertarikh 29 Disember 2021 yang dikongsikan di Facebook DBKK hari ini, Taman Awam Teluk Likas, Taman Awam Teluk Likas 2 dan Pantai Tanjung Aru 1 ditutup bermula jam 1 petang 31 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 jam 6 pagi.


Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, penutupan itu sebagai langkah membendung penularan Covid-19 selaras dengan SOP Fasa 4 yang dikemaskini pada 28 Disember 2021.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page