top of page

TIGER WOODS CEDERA SELEPAS TERBABIT NAHAS JALAN RAYA

  • nabalunews
  • Feb 24, 2021
  • 1 min read

Tiger Woods

24 Feb 2021


WASHINGTON: Legenda golf Amerika Syarikat (AS) Tiger Woods mengalami kecederaan parah pada kaki selepas terbabit dalam nahas jalan raya di California Selatan, lapor Agensi Berita Sputnik.


"Namun, keadaan beliau dilaporkan stabil," kata Ketua Balai Bomba Daerah Los Angeles, Daryl Osby dalam sidang media pada Selasa.


Osby berkata kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.


Sementara itu Syerif County Los Angeles, Alex Villanueva berkata kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.


Woods, pernah memenangi lima Kejohanan Masters, kemenangan terakhirnya pada 2019, dan empat Kejuaraan PGA. Beliau juga pernah menjuarai tiga kali Terbuka AS. - Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page