top of page

Timbunan tayar terbakar di Kayu Madang

nabalunews

2 October 2024


KOTA KINABALU: Kepulan asap hitam tebal, menyelubungi ruang udara sekitar Telipok dan Tuaran apabila timbunan tayar terpakai yang dilupuskan di Pusat Pelupusan Kayu Madang, Telipok, dekat sini, terbakar.


Kejadian yang dipercayai bermula pada kira-kira jam 3 petang itu membabitkan kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar.


Berikutan kebakaran itu, sebanyak dua lori tangki bomba dengan bantuan tiga jentera bersama 22 anggota dikejarkan ke lokasi selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan 3.24 petang.


Operasi memadam kebakaran itu membabitkan anggota dari tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas yang diketuai PBK II Norkizan Durudin selaku Komander Operasi.


Ketua BBP Tuaran, Mohd Nor Amit, berkata operasi pemadaman menggunakan satu aliran pancutan sumber air dari jentera dan lori tangki air bomba.


“Setakat lewat petang ini operasi pemadaman masih dijalankan bagi mengelak daripada merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.


Selain pemadaman menggunakan pancutan air, jengkaut turut digunakan untuk menimbus kawasan terbakar dengan tanah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page