top of page

Tindakan bawa rakyat palestin Ke Malaysia atas keputusan PM yang prihatin - Ahmad Zahid

  • nabalunews
  • Aug 16, 2024
  • 1 min read

16 Ogos 2024


GUA MUSANG: Tindakan membawa rakyat Palestin yang cedera dari Mesir ke Malaysia adalah di atas keputusan dan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri sangat prihatin terhadap nasib rakyat Palestin, yang menderita akibat serangan bom bertalu-talu Israel ke atas Gaza yang telah lama berlarutan.


“Mereka (pesakit warga Palestin) akan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera seperti yang diharapkan pihak Gaza.


“Selepas rawatan itu tamat dan mereka sihat kembali, insya-Allah satu usaha akan dibuat supaya mereka dihantar kembali ke Gaza untuk menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya seperti dilaporkan Bernama.


Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Orang Asli di Pusat Daerah Mengundi di Pos Pulat, di sini hari ini.


Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketibaan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang membawa rakyat Palestin yang cedera, ke Pangkalan Udara Subang, Selangor hari ini.


Kedua-dua pesawat itu membawa seramai 41 orang pesakit dan 86 waris mereka, berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir malam tadi.


Terdahulu, Ahmad Zahid turun padang ke empat lagi pos Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri iaitu Pos Gob, Pos Tohoi, Pos Simpor dan Pos Pasik.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page