Tindakan Tegas Terhqdap Penyalahgunaan Fleet Card
- nabalunews
- 12 hours ago
- 1 min read

16 Mei 2026
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh aspek kawalan dan penguatkuasaan bagi mekanisme penggunaan fleet card dalam penyaluran subsidi bahan api melalui Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu termasuk memperkukuh kerangka perundangan berkaitan kawal selia barang kawalan bersubsidi.
Katanya, KPDN sedang merangka cadangan penggubalan peraturan khusus di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mewujudkan kerangka perundangan yang lebih jelas, menyeluruh dan teratur bagi pelaksanaan, pengawalseliaan serta penguatkuasaan penggunaan fleet card.
“KPDN selaku kementerian yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan program penyaluran subsidi kerajaan melalui SKDS dan juga SKPS. SKDS untuk diesel, SKPS pula untuk petrol.
“Kita komited untuk memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan menggunakan mekanisme fleet card ini untuk penyaluran subsidi dua jenis ini SKDS dan SKPS.
“Antara yang kita masukkan dalam peraturan itu kelak adalah berkaitan dengan tanggungjawab pemilik fleet card, pemegang fleet card dan juga syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleet card tersebut,” katanya.
Armizan berkata, tindakan ini diambil susulan wujudnya modus operandi melibatkan ketirisan dan penyelewengan diesel dan petrol melalui penyalahgunaan fleet card.
Katanya, sejak 2023 sehingga 14 Mei 2026, sebanyak 223 fleet card di bawah pelaksanaan SKDS dan SKPS telah disekat.
“Ada 223 flipkart yang telah disekat penggunaannya dan kita percaya bahawa masih ada di luar sana mereka-mereka yang menggunakan modus operandi ini selain daripada meningkatkan ketangkasan melalui kerjasama bukan hanya penguatkuasa KPDN tapi across the board semua agensi kerajaan yang lain.
“Tetapi kita melihat keperluan untuk kita memperkukuhkan kerangka perundangan itu supaya kita tidak mahu pihak-pihak ini terlepas daripada berhadapan dengan undang-undang dan hukuman yang setimpal,” katanya.















Remove objects from photos ai tools make it really easy to clean up images by deleting unwanted elements while keeping everything natural and sharp.