Tinjauan mesra Ewon di Tamu TaginamburTinjauan mesra Ewon di Tamu Taginambur
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tinjauan mesra Ewon di Tamu Taginambur


Ewon membeli 'bosou' antara makanan tradisional masyarakat Kadazandusun.

17 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengadakan tinjauan mesra dan bertemu rakyat di Tamu Taginambur, di sini, pagi tadi.


Ia sebahagian daripada program turun padang beliau di kawasan Kadamaian khususnya untuk meninjau kemudahan infrastruktur asas dan mendengar aduan rakyat.


"Saya gembira melihat para peniaga Tamu Taginambur kini mempunyai tempat yang lebih selesa untuk menjual hasil-hasil pertanian mereka setelah kawasan ini dinaiktaraf.


Ewon berbual dan bertanya khabar penduduk Kadamaian..

“Pada masa yang sama saya juga berkesempatan mendengar beberapa aduan peniaga di sini dan akan berusaha membantu menyelesaikan aduan mereka,” katanya kepada Nabalu News.


Ewon yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata, penaiktarafan kawasan Tamu Taginambur dan pembinaan Dewan Kadamaian Square adalah antara kemudahan yang beliau berjaya laksanakan di kawasan Kadamaian.



Selain itu pembangunan lain yang telah dilaksanakan ialah penaiktarafan jalan kampung, jalan perhubungan desa, pembinaan dewan serbaguna, dewan terbuka, jambatan gantung, gimnasium rakyat, gelanggang sukan, laluan pelancongan komuniti dan bangunan keusahawanan desa.


Bagaimanapun katanya, masih banyak kemudahan asas yang diperlukan penduduk Kadamaian terutamanya penaiktarafan jalan.


Ewon membeli ikan liking, antara makanan yang amat popular di Kota Belud.

Sementara itu seorang peniaga di Tamu Taginambur meminta pihak berwajib membina parit berdekatan pintu masuk tamu itu untuk mengelak tempat mereka berniaga dibanjir pada musim hujan.


“Saya juga berharap pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan kawasan ini dapat memotong rumput di sekitar tamu,” katanya.



Ewon membeli produk tempatan sebagai sokongan kepada para petani dan peniaga tempatan.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page