top of page

Tradisi Miyolon Ensambiyan Diteruskan

  • nabalunews
  • Apr 3
  • 1 min read

2 April 2025


KOTA KINABALU: Tamu ‘Miyolon Ensambiyan’, sebuah tradisi pertukaran barangan antara komuniti Bajau Sama dan Dusun yang wujud sejak lebih satu abad lalu akan terus dikekalkan untuk generasi akan datang.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), program ini semakin berkembang dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.


“Saya percaya tamu yang unik ini tidak wujud di negeri lain, ia sesuatu yang kita banggakan di Sabah. Itulah sebabnya kita benar-benar memperjuangkan konsep perpaduan dan keharmonian.


“Kami akan terus memperluas, menambah baik, dan membangunkan program ini. Ada juga cadangan untuk menjadikannya sebagai produjk pelancongan dalam kalendar rasmi negeri, yang akan kami usahakan bersama,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program berkenaan di Masjid Al-Munir, Kampung Darau, Manggatal, semalam.


Turut hadir dalam acara tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau Azhar Matussin dan Naib Canselor UMS Datuk Profesor Dr Kasim Md Mansur.


Mustapha berkata, selain memelihara tradisi, penganjuran acara berkenaan juga mampu membantu peniaga kecil menjana pendapatan.


“Program ini memberi mereka peluang untuk berdagang, sama ada secara tunai atau sistem barter, yang akhirnya menguntungkan semua pihak,” tambahnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page