top of page

Tragedi MH17: Malaysia tetap komited tuntut keadilan

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 16, 2024
  • 1 min read

16 Julai 2014

Oleh Wartawan Nabalu News

 

Kuala Lumpur: Sepuluh tahun berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang menggemparkan dunia, namun Kerajaan MADANI tetap teguh dalam perjuangan menuntut keadilan bagi 298 mangsa yang terkorban.

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Malaysia bersama-sama dengan negara-negara lain yang terlibat akan meneruskan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa bagi memastikan pelaku tragedi ini dibawa ke muka pengadilan.

 

"Memang daripada segi tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa akan diteruskan dan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara terlibat," katanya pada sidang media Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) di sini.

 

Tragedi MH17 yang meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan anak kapal menjadi salah satu bencana penerbangan paling tragis dalam sejarah.

 

Pada 17 Julai, 2014, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia di timur Ukraine.

 

 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page