top of page

Tuaran Minta Pecahan RM18.7 Bilion Dan Laporan Perbelanjaan Sabah

nabalunews
4 hours ago
1 min read

KUALA LUMPUR, 13 Oktober — Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, meminta Kerajaan Persekutuan memperincikan peruntukan RM18.7 bilion yang disebut dalam Belanjawan 2027 untuk Sabah, termasuk jumlah yang disalurkan dan dibelanjakan.


Beliau berkata jumlah keseluruhan sahaja tidak memadai untuk menunjukkan sama ada peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat. Kerajaan perlu menyatakan pecahan antara perbelanjaan pembangunan dan mengurus, geran, pinjaman serta senarai projek mengikut kementerian.


Bagi peruntukan pembangunan Sabah 2026, beliau meminta kerajaan menyatakan bilangan dan nilai projek bernilai RM50 juta ke bawah yang dilaksanakan oleh JKR Sabah. Bagi projek melebihi RM50 juta, beliau meminta senarai projek, nilai waran yang diterima dan perbelanjaan sebenar.


Madius turut meminta penjelasan tentang 33 projek sakit di seluruh negara: berapa terletak di Sabah, berapa dilaksana atau diselia JKR Sabah dan berapa di bawah JKR Persekutuan.


Bagi mencegah kelewatan, beliau mencadangkan tanah, reka bentuk, kelulusan dan utiliti disediakan sebelum kerja bermula. Kemajuan, perbelanjaan, tarikh siap dan setiap lanjutan masa pula perlu diumumkan.


Setiap projek sakit, katanya, mesti mempunyai pelan pemulihan dalam tempoh 90 hari. Lanjutan masa kedua akibat kelemahan kontraktor juga perlu disemak secara bebas.


Beliau menggesa JKR Sabah diperkasakan sebagai agensi teknikal bagi projek Persekutuan bernilai RM50 juta dan ke bawah.


“Pengumuman peruntukan bukan ukuran kejayaan. Kejayaan diukur melalui projek yang siap, berfungsi dan memberi manfaat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page