top of page

Tujuh kapal tangki Malaysia tunggu isyarat lalui Selat Hormuz

  • nabalunews
  • Mar 28
  • 1 min read

28 Mac 2026


SEREMBAN: Tujuh kapal tangki milik syarikat Malaysia kini menunggu isyarat untuk melalui laluan selamat Selat Hormuz susulan situasi keselamatan yang tegang di rantau Asia Barat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.


Beliau berkata kapal berkenaan termasuk melibatkan syarikat milik Petronas dan Sapura Energy tidak ditahan, sebaliknya menunggu masa sesuai untuk bergerak bagi memastikan pelayaran selamat.


Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata kerajaan Iran telah memberi maklum balas positif terhadap permohonan Malaysia untuk membenarkan kapal-kapal berkenaan meneruskan perjalanan.


“Saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi rakan sejawat dan mereka memaklumkan tiada isu untuk kapal kita meneruskan perjalanan namun kapal tangki perlu tunggu giliran.


“Jadi kita nak betul-betul pastikan semuanya selamat sampai kerana Selat Hormuz amat tegang, dengan banyak kapal nak keluar. Jika komunikasi kalau tak dibuat dengan baik, akan menyebabkan insiden tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Rantau di sini hari ini.


Beliau berkata kapal berkenaan tidak ditahan, sebaliknya menunggu arahan pergerakan berikutan kekangan komunikasi dalam situasi konflik.


“Kadangkala arahan daripada Tehran tidak sampai ke Selat Hormuz kerana komunikasi dalam keadaan perang adalah mencabar,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata komunikasi dengan rakyat Malaysia di Iran ketika ini terhad susulan gangguan sistem komunikasi namun keadaan mereka terus dipantau.


Sementara itu, beliau berkata tiada halangan untuk menunaikan umrah berikutan ruang udara Arab Saudi masih dibuka namun orang ramai disaran menangguhkan perjalanan jika tiada keperluan mendesak.


“Jika boleh tangguh, elok ditangguhkan dalam keadaan tidak menentu ini tetapi jika persiapan telah dibuat, itu terpulang kerana penerbangan masih beroperasi seperti biasa,” katanya. -Bernama

 
 
 

5 Comments


folyq
May 22

몸이 자주 뻐근했는데 관리 후 훨씬 가벼워져 기분까지 좋아졌어요. 안산출장마사지 덕분에 하루 피로가 빠르게 줄어드는 느낌이라 만족스럽게 이용했습니다.

Like

folyq
Apr 29

일정 조율이 쉬워 개인 생활과 병행하기 좋습니다. 중간에 관련 내용을 포함하니 활용성과 장점이 잘 드러나 독자 입장에서 이해하기 룸알바 편했습니다.

Like

folyq
Apr 22

근육 뭉침이 심했는데 섬세한 관리로 점차 통증이. 출장마사지 서비스는 개인 공간에서 받을 수 있어 프라이버시가 유지되고, 편안한 분위기에서 출장마사지 효과적인 회복을 도와주는 점이 매우 인상적입니다.

Like

folyq
Apr 18

하루 종일 앉아 있는 업무로 몸이 굳어 있었는데 중간에 출장마사지 서비스를 받아보니 긴장이 풀리고 컨디션이 훨씬 좋아졌어요. 집에서 받는 편리함까지 더해져 만족도가 높았습니다.


Like

zosypub
Mar 30

재택근무로 뭉친 어깨와 등 근육 때문에 고민이었는데, 예약한 출장마사지 덕분에 피로가 풀리고 몸과 마음이 편안해졌습니다. 전문가의 손길이 믿음직스러웠습니다.


Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page