top of page

Tujuh Pelajar Ditahan Berhubung Video Tular Pukul Pelajar Perempuan di Kota Kinabalu

  • nabalunews
  • May 29
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


29 Mei 2026


KOTA KINABALU: Tujuh orang pelajar sekolah menengah berusia antara 15 hingga 17 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung video tular menunjukkan seorang pelajar perempuan dipukul di daerah ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu, mangsa yang juga seorang pelajar perempuan dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan. Mangsa kemudian membuat laporan polis sehari selepas kejadian.


Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, kesemua tangkapan dilakukan kira-kira jam 3 petang semalam, membabitkan enam pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki.


Pelajar lelaki tersebut dipercayai bertindak sebagai perakam keseluruhan kejadian sebelum video berkenaan tular di media sosial.


Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki, lebam pada telinga kiri serta luka kecil pada lutut kiri akibat pukulan tersebut.


Polis memaklumkan kesemua pelajar yang terlibat saling mengenali dan berhubung melalui satu kumpulan WhatsApp bernama "Angel".


Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Semua pelajar yang ditahan telah diberikan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page