top of page
  • Wartawan Nabalu News

UDA beri taklimat MGB dan Pavilion Sabah kepada pegawai, penolong pegawai daerah Sabah

15 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) satu daripada agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memberikan taklimat mengenai fungsi dan pengoperasian agensi itu kepada pegawai dan penolong pegawai daerah Sabah sempena lawatan rombongan itu di sini.


Taklimat itu disampaikan oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA Holdings Berhad Mohd Nazri Jamiran.


Selain itu, para delegasi juga dibawa melawat ke tapak Malaysia Grand Bazaar (MGB) di Bukit Bintang City Centre (BBCC).


UDA Holdings juga menyediakan Pavilion Sabah bagi mempamer dan menjual produk-produk usahawan Sabah di MGB tersebut. Pavilion negeri-negeri lain juga disediakan.


Hadir sama Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad Datuk Sr Mohd. Salem Kailany dan Ketua Operasi UDA Pertama Sdn Bhd Amir Ishak.


Program lawatan kerja Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Sabah ke Malaysia Grand Bazaar, BBCC Kuala Lumpur itu diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Norlijah Haji Danin.

bottom of page