top of page

Ujian lisan BM SPM diteruskan bermula Isnin hingga 5 Disember: Fadhlina

  • nabalunews
  • Dec 1, 2024
  • 1 min read

1 Disember 2024


PUTRAJAYA : Ujian lisan Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan seperti yang dijadualkan bermula pada Isnin hingga 5 Disember ini selepas mengambil kira nasihat daripada pihak keselamatan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sidang media khas hari ini.


“Calon terjejas dipindahkan ke pusat alternatif dan asrama bagi memastikan mendapat keselesaaan selain dapat mengulang kaji dengan lebih tersusun.


“Kerja pemindahan sedang dilaksanakan di semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya pada Ahad, lapor Bernama.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page