top of page

UMNO dan BN azam tawan sebanyak mungkin kerusi pada PRN17

  • nabalunews
  • Aug 4, 2025
  • 1 min read

4 Ogos 2025


SANDAKAN: Umno dan Barisan Nasional (BN) berazam untuk memperoleh kemenangan sebanyak mungkin kerusi yang akan ditandingi pada Pilihanraya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).


Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sebagaimana hakikatnya dalam analisis yang mendapati tidak akan ada parti yang dominan tanpa koloborasi dengan gabungan atau parti-parti yang lain untuk membentuk kerajaan.


"Kita mengambil pendirian bahawa pertandingan PRN17 kali ini, kita mahu kemenangan sebanyak mungkin.


“Kita juga terbuka untuk mengadakan kolaborasi dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan jika menang kelak.


"Maka itulah sebabnya kita memuktamadkan bukan hanya pembahagian kerusi tetapi untuk menjalin dan mengeratkan kerjasama untuk kerjasama dalam gerak kerja parti," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Umno Bahagian Kinabatangan di Dewan Hakka, di sini, pada Ahad.


Zahid berkata, berkenaan tindakan Pakatan Harapan (PH) menjalin kerjasama dengan yang lain adalah urusan masing-masing.


"Tetapi kami tetap akan membawa panji-panji BN dalam PRN17 nanti sebagai manifestasi dokongan bukan saja ahli-ahli tetapi pengundi-pengundi di Sabah ini untuk memberi sokongan semula kepada calon-calon BN.


“Dengan mengetepikan sikap riak, sombong angkuh, kita merasakan manifesto yang akan di bawa kali ini bukan satu manifesto yang panjang lebar tetapi manifesto yang berpijak di bumi yang nyata.


“Antaranya, bekalan air dan elektrik yang stabil selain jalan dan peluang kerja dengan memperbanyakkan lagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini,” katanya.


Menurutnya, ia demi kepentingan rakyat Sabah keseluruhannya terutamanya dalam memberikan perkhidmatan di dalam keperluan asas yang utama untuk rakyat Sabah keseluruhannya.


Sementara itu, zahid turut menolak dakwaan bahawa pimpinan Umno BN negeri Sabah akan diganti.


Katanya, ia adalah dakwaan yang tidak benar yang cuba memecahbelah kekuatan dan keharmonian Umno Sabah.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page