UMNO MAHU KELUAR PN, BERI SYARAT KERJASAMA BAHARU
- nabalunews
- Oct 14, 2020
- 1 min read

14 OKTOBER 2020
KUALA LUMPUR: Badai mula melanda Perikatan Nasional (PN) selepas UMNO mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan berkenaan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
“UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
“UMNO akan mencadangkan kepada jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional agar Muafakat Nasional didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn semalam. – Borneo Today


















Comments