Undang-undang berkaitan dadah perlu diperbaharui: AzlinaUndang-undang berkaitan dadah perlu diperbaharui: Azlina
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Undang-undang berkaitan dadah perlu diperbaharui: Azlina



29 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Pangerang MP Azalina Othman Said menyeru agar undang-undang berkaitan dadah di negara ini diperbaharui. Azalina yang juga penasihat khas perdana menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia berkata, 63 peratus banduan di Malaysia yang dihukum adalah disebabkan kesalahan dadah yang kecil. Ujarnya penyahkriminalisasi kesalahan dadah adalah penting, tetapi menegaskan bahawa ini bukan pendirian rasmi kerajaan. "Saya harap pembaharuan dapat dibuat terhadap dasar berkaitan undang-undang jenayah, bermula dengan pembaharuan mudah dalam hukuman dan perundangan berkaitan kesalahan dadah. Kira-kira 63 peratus banduan di Malaysia dihukum atas kesalahan dadah kecil. "Ini memberikan kita peluang untuk mengalihkan 63 peratus populasi penjara ke program tahanan dan pemulihan alternatif," katanya dalam Sidang Reformasi Penjara Serantau anjuran Suhakam, har ini. Beliau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan, berkata perkara yang sama seperti jenayah percubaan bunuh diri juga perlu diberi perhatian yang sama. Ujarnya, usaha yang sama iaitu untuk meminda undang-undang berkaitan dadah termasuk pengumuman yang sama oleh kerajaan PH juga pernah dibincang. Bagaimanapun, undang-undang tersebut belum lagi dipinda.

bottom of page