top of page
  • Wartawan Nabalu News

UNICEF serah peralatan perubatan kepada lima hospital di Sabah


29 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM627,948 kepada lima hospital di Sabah.


Dalam kenyataan UNICEF Malaysia, sumbangan itu adalah untuk kegunaan wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di hospital berkenaan.


Lima hospital itu ialah Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Keningau, Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.


Penyerahan sumbangan itu diselaraskan bersama Bahagian Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.


"Kami berharap peralatan perubatan yang diserahkan dapat membantu usaha Kementerian Kesihatan menyediakan penjagaan perubatan mencukupi untuk kanak-kanak dan ibu di Malaysia," kata Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil khas ke Brunei Darussalam Dr.Rashed Mustafa Sarwar dalam kenyataan itu.


Selain lima hospital, UNICEF Malaysia juga turut memberikan sumbangan bernilai RM377,624 berupa peralatan perubatan kepada wad O&G di Hospital Ampang dan Hospital Serdang di Lembah Klang.


Tahun lalu, UNICEF melancarkan rayuan kecemasan Covid-19 bagi memenuhi keperluan mendesak beberapa hospital di Malaysia termasuk memberi 400 mesin pemekat oksigen dan peralatan perubatan lain bernilai RM1.2 juta kepada beberapa hospital di Lembah Klang.


Comments


bottom of page