Upacara penghormatan terakhir cetus kluster baharu di RanauUpacara penghormatan terakhir cetus kluster baharu di Ranau
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Upacara penghormatan terakhir cetus kluster baharu di Ranau


29 Sept 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Sebuah upacara penghormatan terakhir yang dihadiri hampir 60 peratus penduduk Kg Mokodou, Ranau telah mencetuskan kluster Covid-19 baharu yang dikenali sebagai Kluster Mokodou.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan warga emas lelaki, 65, yang dikesan positif hasil saringan bergejala di Hospital Ranau pada 25 September.


“Siasatan awal mendapati, isteri kepada kes indeks telah meninggal dunia di rumah mereka di Kg Mokodou kerana penyakit kanser usus tahap 4 pada 15 September 2021.


“Upacara penghormatan terakhir kepada arwah telah dijalankan di rumah kes indeks yang dihadiri oleh hampir 60 peratus penduduk Kg Mokodou serta kaum keluarga daripada Kg Tumbalang.


“Saringan kontak rapat telah dilakukan pada 27 dan 28 September dan mengesan pertambahan bilangan kes positif di Mukim Malinsau dan Mukim Timbua dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang menghadiri majlis pengebumian di Kg Tumbalang,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Masidi berkata, daripada 146 orang yang disaring, 94 orang didapati positif termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page