top of page

UPKO Keningau Bersedia Hadapi PRN-17 di DUN N.40 Bingkor

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

ree

6 September 2025


KENINGAU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Bahagian Keningau menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN-17), khususnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Bingkor. Perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Bahagian yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian, Datuk Dr. Laurentius Nayan.


Menurut Datuk Dr. Laurentius, persiapan rapi telah digerakkan sejak sekian lama, termasuk pembentukan jentera pilihan raya yang kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh.


“Jentera PRN UPKO Keningau telah lama dibentuk dan kini bersedia sepenuhnya di bawah pimpinan Alexius Paulus selaku Pengarah Jentera. Segala strategi dan pelan gerak kerja telah dirangka bagi memastikan parti benar-benar mantap di peringkat akar umbi,” katanya.


Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengetengahkan Ketua CLC Bingkor, Kennedy John, sebagai calon sekiranya UPKO diberi peluang untuk bertanding di kerusi berkenaan. Kennedy diyakini mampu membawa suara rakyat Bingkor ke peringkat lebih tinggi serta memperjuangkan isu-isu tempatan dengan lebih berkesan.


Dalam pada itu, Datuk Dr. Laurentius menyeru seluruh ahli dan penyokong parti agar terus bersatu padu serta memperkukuh kerjasama.


Beliau menegaskan bahawa semangat perjuangan UPKO perlu sentiasa dipertahankan demi memastikan kesejahteraan rakyat Bingkor khususnya, dan masyarakat Keningau secara keseluruhannya, dapat terus diperjuangkan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page