- Wartawan Nabalu News
UPKO kini semakin diyakini rakyat - Dr Peter

13 Julai 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Penjenamaan semula Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memberi keyakinan kepada rakyat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai parti itu.
Ketua UPKO Bahagian Libaran Dr.Peter Jr.Naintin berkata, ini terbukti dengan kemasukan beramai-ramai ahli baharu daripada pelbagai etnik, kaum dan agama ke dalam UPKO Libaran sejak dilancarkan pada 2018.
Beliau berkata, dalam usaha menarik lebih ramai rakyat kawasan itu memahami perjuangan parti itu, UPKO Libaran mengadakan program Jelajah Rakyat baru-baru ini dengan fokus UNDI18.
“Melalui Jelajah Rakyat UPKO Libaran, kita telah menerima ahli baharu seramai 40 orang untuk penajaan Cawangan UPKO Kg. Sg Memanjang 2 dengan fokus kepada golongan muda.

“Cawangan sedia ada di Kg. Sg Memanjang adalah 119 orang ahli. Penajaan cawangan ini bertujuan untuk membawa suara generasi muda di kampung tersebut,” katanya kepada Nabalu News.
Dr.Peter menerima borang keahlian itu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bersama penduduk kampung di rumah En. Aspar Jainal, baru-baru ini.
“Kunjungan sempena Hari Raya Aidiladha dapat mengeratkan hubungan silaturahim kekeluarga sesama ahli,” katanya.