UPKO KIULU SEDIAKAN RUANG BELAJAR UNTUK PELAJAR ASRAMA SMK TUN FUAD STEPHENS KIULUUPKO KIULU SEDIAKAN RUANG BELAJAR UNTUK PELAJAR ASRAMA SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO KIULU SEDIAKAN RUANG BELAJAR UNTUK PELAJAR ASRAMA SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU


Madius turut menyertai gotong-royong membersihkan pejabat Upko Kiulu

26 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KIULU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kiulu menyediakan ruang belajar untuk pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu.


Ini kerana asrama (Asrama Olumaag) tempat tinggal pelajar sekolah itu tidak mempunyai dewan belajar.


Sehubungan itu gotong royong untuk membersihkan perkarangan pejabat UPKO Kiulu diadakan baru-baru ini yang turut disertai oleh Presiden UPKO yang juga Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau.



Madius berkata, pejabat Upko Kiulu itu akan digunakan sebagai tempat belajar kira-kira 70 pelajar asrama SMK Tun Fuad Stephens Kiulu.


“Saya pun ikut sama dalam gotong royong ini. Boleh tahan juga penat, tapi berbaloi bila nampak keselesaan pelajar,” kata Madius dalam perkongsian di Facebooknya.


Beliau berharap kemudahan yang disediakan itu dapat meringankan beban ibu bapa dan membantu pelajar untuk kekal fokus dalam pelajaran mereka.


Para pelajar asrama belajar di ruang belajar yang disediakan Upko Kiulu.

Asrama Olumaag (sebelum ini dikenali sebagai Asrama Hayati) dibaikpulih atas usaha Madius semasa beliau Menteri Perdagangan dan Perindustrian.


Ini kerana asrama sekolah berkenaan masih belum boleh didiami selepas diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page