top of page
  • nabalunews

UPKO komited terus perjuangkan hak rakyat - Junsim

27 September 2024


KUDAT: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) komited untuk terus memperjuangkan hak rakyat berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan sejak penubuhannya.


Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing berkata UPKO berpegang teguh kepada perlembagaan negara, memberi penekanan kepada program pendidikan terutamanya untuk masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM), serta komited dalam mengangkat dan menyelesaikan isu-isu yang membelenggu masyarakat.


Junsim yang juga Timbalan Setiausaha 1 UPKO Pusat berkata demikian dalam ucapannya di program UPKO di Kampung Pandan, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pandan Mandamai, Bengkoka, Pitas, hari ini.


Program ini menyaksikan pelancaran cawangan UPKO Kampung Pandan disusuli acara penerimaan borang penubuhan Cawangan UPKO Kampung Mandurian, serta menerima borang keahlian baru. Seramai 50 orang hadir dalam majlis ini.


Pada hari yang sama, jam 2 petang, satu lagi acara telah diadakan iaitu perasmian Hari Keluarga Puaon di Kampung Mandamai Bai, Bengkoka, Pitas.


Dalam ucapannya, Junsim merakamkan penghargaan atas jemputan dan penghormatan untuk merasmikan Hari Keluarga tersebut.


Beliau berharap agar semua ahli keluarga dapat hidup dalam suasana harmoni, membina keluarga yang lebih berjaya, bersatu padu, dan berpendidikan tinggi, selaras dengan impian serta harapan generasi sebelum ini.


Bagi menyokong usaha tersebut, sumbangan kewangan dan bekalan beras telah diserahkan kepada ketua keluarga besar ini.


Antara yang turut hadir dalam majlis ini ialah Dr. Ahzveens @ Hilary Akian, Paul Sakulok, Setiausaha Penganjur, serta barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian UPKO Kudat.

Comments


bottom of page