top of page

UPKO Kota Marudu semakin kukuh dan diterima – Suzie

nabalunews

22 Oktober 2024


KOTA MARUDU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus memperkukuhkan kehadirannya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.6 Bandau dengan penganjuran program santai yang diadakan pada 20 Oktober lalu bertempat di Kampung Panaitan, Kota Marudu.


Program ini diterajui oleh Naib Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, Suzie Salapan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan (CLC) DUN N.6 Bandau.


Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, Jamil Majingkin, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Panaitan, Rubin Gumpil, Setiausaha Penganjur Bahagian, James Jibi, serta barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) UPKO Kota Marudu dan pemimpin akar umbi dari PDM Panaitan.


Dalam ucapannya, Suzie menegaskan kepentingan program sebegini dalam mengeratkan hubungan sesama ahli dan memperkukuh komitmen terhadap perjuangan parti.


Beliau juga menyatakan bahawa program seumpama ini adalah peluang terbaik untuk memastikan UPKO kekal relevan dan diterima oleh rakyat di peringkat akar umbi.


Sementara itu, Rubin Gumpil menyampaikan penghargaan kepada kepimpinan UPKO Kota Marudu atas sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan program ini.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua cawangan PDM Panaitan serta ahli-ahli yang hadir, yang menunjukkan semangat kekitaan dan kesetiaan yang tinggi terhadap parti.


Program ini diakhiri dengan sesi interaksi santai di antara ahli-ahli parti, disusuli dengan pendaftaran ahli-ahli baru UPKO.


Simbolik penyerahan borang keahlian kepada Ketua Bahagian menandakan kejayaan usaha memperkukuhkan struktur keahlian parti di peringkat akar umbi.


Dengan penganjuran program sebegini, UPKO Kota Marudu dilihat semakin diterima oleh rakyat, sekali gus memperkukuhkan asas sokongan parti di kawasan tersebut.

תגובות


bottom of page