UPKO Kudat garis empat strategi perkukuh parti: Junsim
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Kudat garis empat strategi perkukuh parti: Junsim



5 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUDAT: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kudat menggariskan empat strategi utama untuk memperkukuhkan parti itu sekali gus memastikan calon Pakatan Harapan (PH) kawasan itu menang pada pilihan raya akan datang.


Ketua Bahagiannya yang baru Junsim Ruminzing berkata, antara strategi itu ialah memperbanyakkan program di peringkat akar umbi untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti.


“Strategi pertama ialah memastikan sayap-sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Generasi Muda (GEM) masing-masing melaksanakan program yang telah dirancang bermula tahun ini.


“Saya juga akan memastikan semua cawangan UPKO Bahagian Kudat dipulihkan semula dengan semangat yang baru supaya mereka memahami perjuangan sebenar parti dengan mengekalkan aspirasi dan cita-cita mereka,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Nabalu News selepas Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Kudat di Dewan Kg.Sinukab Pitas, di sini, kelmarin.


Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Junsim berkata, bagi menjayakan program-program kemasyarakatan di kawasan itu, UPKO juga akan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO).


Dari segi keahlian parti, beliau berkata setakat ini UPKO Bahagian Kudat mempunyai lebih 11,000 ahli dengan lebih 100 cawangan.


“Kita akan berusaha mengaktifkan semula beberapa cawangan yang tidak aktif atau mewujudkan cawangan baharu dan menambah keahlian parti,” katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page