UPKO Ranau teruskan pelayanan komuniti menjelang Natal
14 Disember 2024
RANAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau meneruskan pelayanan komuniti lebih-lebih menjelang perayaan Hari Natal tidak lama lagi.
Pada Jumaat, Ketua Bahagian UPKO Ranau, Georgina George, menyampaikan sumbangan dari presiden parti, Datuk Ewon Benedick kepada Lohin Gadukis bagi penganjuran sambutan Natal Gereja Kampung Kinapulidan Ranau yang dijadualkan pada 14 Disember ini.
Georgina seterusnya menyampaikan sumbangan wang tunai dan baju jersi bola sepak kepada wakil Pemuda UPKO cawangan Kampung Suminimpod, Laslee Adriy Dumin, untuk program bersama Belia Kampung Suminimpod sempena dengan pesta sukan Natal yang bakal diadakan pada 22 Disember ini.
Terdahulu pada Khamis, Georgina menyampaikan katil pesakit sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada seorang lelaki warga emas yang terlantar sakit di Kampung Lohan, Ranau dan sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban pesakit berkenaan.
Comments