UPKO sentiasa bersama rakyat dalam setiap situasi
nabalunews

14 Disember 2024
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sentiasa bersama rakyat dalam setiap keadaan termasuk di saat sukar dan duka.
Baru-baru ini, Bendahari Agung UPKO yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Dennison R Indang bersama rombongan berkesempatan melawat keluarga mendiang Jaina Joseph Akim yang baru meninggal dunia.
Keluarga mendiang baru tiba dari kampung selepas selesai proses pengebumian di sana.
Dennison dan rombongan berkongsi kesedihan yang dialami keluarga Jaina dan berharap semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Likas, Alex Tan, selaku wakil ADUN N19 Likas, Tan Lee Fatt yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, bersama rombongan Ahli Jawatankuasa UPKO Bahagian Kota Kinabalu serta ahli-ahli UPKO Kota Kinabalu.
"Semoga roh mendiang Puan Jaina dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini," kata Dennison.