Upko Sepanggar hantar sumbangan penduduk terjejas banjir di KinarutUpko Sepanggar hantar sumbangan penduduk terjejas banjir di Kinarut
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Upko Sepanggar hantar sumbangan penduduk terjejas banjir di Kinarut




25 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Team Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar bersama Maybank Consumer Banking dan kumpulan KRT Kg Bambangan, KRT Kg Kionsom / Kobuni, KRT Minintod dan KRT Pekan Inanam, menghantar bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas banjir baru-baru ini di Kg Labak dan Kg Sulim, Kinarut.


Ketua Bahagian Upko Sepanggar Datuk Wong Thien Fook yang mengetuai rombongan itu berkata, pelbagai sumbangan diberikan termasuk keperluan makanan seperti beras dan mee.


“Selain itu kami juga memberikan sumbangan berupa tilam, bantal, selimut, tuala mandi dan peralatan dapur kepada penduduk terjejas banjir.



“Kesemua sumbangan diserahkan kepada Ketua Bahagian UPKO Papar, Datuk Gilbert Syam sebagai wakil kepada dua kampung ini,” katanya.


Wong merakamkan penghargaan kepada Maybank Comsumer Banking, Mido Marketing Sdn Bhd, Yu Seng Wholesales Sdn Bhd dan KRT atas sumbangan dan penglibatan mereka dalam menjayakan misi bantuan ini.


“Terima kasih kepada semua crew dan mereka yang terlibat dalam misi bantuan ini.


“Kami mendoakan agar semua yang terkesan akibat banjir ini dapat kembali pulih dan menjalankan kehidupan seperti sedia kala,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page