top of page

UPKO sumbangkan beras bagi program larian komuniti

  • nabalunews
  • Sep 29, 2024
  • 1 min read

ree

29 September 2024


KIMANIS: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kimanis yang diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi Eksekutif UPKO, Rowindy Lawrence yang juga Calon UPKO Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menyampaikan sumbangan beras kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Daingin, Ulu Kimanis, Helen Matangkim.


Sumbangan ini adalah untuk hadiah cabutan bertuah bagi program larian komuniti.


Turut bersama, Timbalan Setiausaha UPKO Kimanis, Chelsiea Japanis dan Ketua Pemuda UPKO Kimanis, Royston Adven.


Inisiatif ini bertujuan memeriahkan acara larian komuniti berkenaan.

ree

Program larian berkenaan juga bagi mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat serta mempromosikan gaya hidup sihat melalui penyertaan dalam aktiviti sukan dan riadah.


Rowindy yang juga Setiausaha Penganjur UPKO Malaysia berkata sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen UPKO untuk sentiasa mendekati masyarakat dan memberi sokongan kepada inisiatif yang membawa manfaat kepada komuniti tempatan.


"Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan amalan hidup sihat tetapi juga memperkuatkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk" kata Rowindy.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page