Upko Telupid bantu kenal pasti keluarga kurang mampuUpko Telupid bantu kenal pasti keluarga kurang mampu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Upko Telupid bantu kenal pasti keluarga kurang mampu


Felix (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga berkenaan.

14 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berusaha membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenalpasti penduduk kampung kawasan itu yang memerlukan bantuan kebajikan.


Ketua Pemuda Upko Pusat Felix Joseph Saang berkata, ini penting bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan menerima bantuan sewajarnya.


Beliau berkata, walaupun parti itu dalam blok pembangkang namun dalam soal kebajikan semua pihak perlu bekerjasama.



“Dalam soal kebajikan rakyat, kita sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada jabatan dan agensi-agensi kerajaan,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Baru-baru ini, Felix bersama para pemimpin kampung dan sukarelawan daerah Telupid melawat sebuah keluarga dimana ibu keluarga ini merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Lumou Telupid.


“Saya dihubungi oleh pemimpin diperingkat kampung tersebut untuk berkunjung ke rumah sebuah keluarga yang amat memerlukan perhatian di Kampung Lumou.


“Kami mengadakan lawatan ke rumah itu bersama sukarelawan kebajikan Telupid dan rakan pimpinan lain untuk melihat sendiri keperluan keluarga berkenaan,” katanya.


Semasa lawatan itu, Felix turut menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebanan keluarga tersebut.


Beliau yakin Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu keluarga berkenaan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page