top of page

UPKO terima 430 ahli baharu di Sook

nabalunews

1 Disember 2024


SOOK: Perjuangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus mendapat sambutan masyarakat di Sabah apabila menerima 250 ahli baharu di Cawangan Bonod Ulu dan 180 ahli baharu di Cawangan Kampung Delayan di sini, pada majlis penyerahan kad keahlian di rumah kediaman Dominic Meringking.


Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UPKO kepada Ketua Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) UPKO Sook, Mohd Khairy Abdullah @ Henry.


Hadir sama di majlis itu ialah Setiausaha UPKO Sook, Januin Jonad, Ketua Wanita UPKO Sook, Rosanna Edeza, Ketua Pemuda UPKO Sook, Christopher serta ahli-ahli parti UPKO setempat.

"Tahniah kepada seluruh ahli pasukan yang terus bergerak kehadapan untuk memperkasakan sokongan UPKO di Sook.


"Terima kasih juga kepada Dominic Meringking serta seluruh anggota keluarganya yang mengizinkan rumah kediaman beliau untuk dijadikan lokasi

majlis yang sangat bersejarah itu.


"Mari berganding tangan dan teruskan kecemerlangan untuk masa depan rakyat di Sook," kata Mohd Khairy.

댓글


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page