top of page
nabalunews

UPKO teruskan hidmat di akar umbi, santuni warga emas di Kampung Lohan, Ranau


18 November 2024


RANAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau meneruskan pelayanan di peringkat akar umbi dengan mengadakan ziarah kasih untuk menyantuni beberapa warga emas

yang mengalami masalah kesihatan di Kampung Lohan, di sini, pada Ahad.


Selain bertanya khabar, rombongan UPKO Ranau yang diketuai Ketua Bahagian UPKO Ranau, Georgina George, turut menghulurkan sumbangan wang tunai sebagai tanda keprihatinan serta

untuk membantu meringankan beban mereka.


"Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban mereka serta memberi dorongan untuk kembali sihat sepenuhnya," kata Georgina semasa ziarah tersebut.


Usaha ini mencerminkan komitmen UPKO untuk terus mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, selaras dengan nilai keprihatinan, kebersamaan dan perpaduan yang menjadi teras perjuangan parti.

Comentários


bottom of page