Upko Tuaran, Penampang, Sepanggar hantar bantuan mangsa banjir di Kg.Sugud Upko Tuaran, Penampang, Sepanggar hantar bantuan mangsa banjir di Kg.Sugud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Upko Tuaran, Penampang, Sepanggar hantar bantuan mangsa banjir di Kg.Sugud



22 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Team Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran, Penampang dan Sepanggar, menghantar sumbangan barangan keperluan ke Dewan Gereja di Kg Sugud, Penampang untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan di kampung itu.


Rombongan UPKO diketuai oleh Datuk Jaina Sintian, Datuk Wong Thien Fook dan Carl Mosoom serta dibantu oleh pemangku Ketua Pemuda UPKO Penampang, Alexvern Thomas.


Pelbagai jenis bantuan makanan disampaikan antaranya beras, minuman air mineral dan barangan makanan kering.



Timbalan Ketua Bahagian UPKO Penampang Carl berkata, bagi pihak UPKO Penampang dan Warga Kg. Sugud khususnya mangsa banjir Ketua-ketua Cawangan dan Ahli UPKO ingin merakamkan setinggi penghargaan Kepada UPKO Tuaran dan Sepanggar atas sokongan.


“Disebalik penat dan kesedihan yang kami alami sepanjang banjir serba sedikit memberi semangat untuk kami meneruskan hidup serba norma,” katanya.


Pemangku Ketua Pemuda UPKO Penampang, Alexvern berkata kerjasama antara bahagian UPKO yang lain adalah begitu erat sekali bagaikan isi dan kuku.


"UPKO Penampang berterima kasih atas bantuan berupa barang keperluan makanan dan pakaian yang disumbangkan oleh UPKO Tuaran dan Sepanggar.


"Bantuan ini sangat diperlukan oleh penduduk terjejas sehingga ada di kalangan mereka hilang tempat tinggal," katanya.


Selain itu, penyerahan bantuan mineral water kepada SK St Theresa Inobong yang diwakili oleh Alban Mansali selaku Naib Ketua Bahagian Upko Penampang turut diadakan.


Sekolah tersebut dikatakan terputus bekalan air ekoran banjir yang melanda sebelum ini.


"UPKO penampang akan terus berusaha dengan gigih agar terus relevan dalam pelayanan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat penampang dalam apa juga keadaan dan kapasiti," kata Alexvern.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page