top of page

USAHA TAMBAH BAIK TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI PERLU KERJASAMA SEMUA PIHAK - JAFRY ARIFFIN

  • nabalunews
  • Dec 4, 2020
  • 1 min read


4 DIS 2020


KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menggesa semua pihak, khususnya agensi dan jabatan kerajaan negeri, bekerjasama bagi menyelesaikan masalah infrastruktur dan kekurangan kakitangan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.


Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata masalah kekurangan kakitangan agak ketara di taman tersebut, terutama dalam penjagaan gajah.


“... jumlah gajah telah mencecah 14 ekor dan hanya dijaga oleh enam kakitangan. Mengikut standard penjagaan Persatuan Taman Zoologi dan Aquaria Malaysia, seekor gajah perlu dijaga sekurang-kurangnya oleh dua orang kakitangan.


“Dari segi infrastruktur seperti aviari, rumah reptilia dan klinik, memerlukan penambahbaikan dan penyelenggaraan segera kerana mengalami kerosakan yang agak teruk sejak April lalu sehingga terpaksa ditutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut meminta jabatan yang berkenaan mengurangkan kerenah birokrasi dalam isu membabitkan pembaikan infrastruktur taman itu.


Usaha ini penting bagi menghidupkan semula industri pelancongan Sabah selain menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar, katanya. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page