Usahawan Bimbingan INSKEN catat hasil jualan RM8.7 juta sepanjang 2022: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Usahawan bimbingan INSKEN catat hasil jualan RM8.7 juta sepanjang 2022: Ewon


Ewon menyampaikan sijil kepada peserta program pada majlis itu.

18 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Program Bimbingan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) sepanjang tahun ini (2022) berjaya mencipta RM8.7 hasil jualan.


Beliau berkata, ia jelas membuktikan program bimbingan ini memberikan kesan serta impak positif untuk usahawan.


“Malam ini merupakan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN pertama yang saya hadiri. Saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai keberhasilan program-program anjuran INSKEN khususnya program bimbingan.

"Saya amat teruja melihat pencapaian-pencapaian program yang dilaksanakan oleh INSKEN.


Ewon ketika berucap pada majlis itu.

“Pertama sekali, RM3.8 juta peningkatan hasil jualan yang dicipta oleh usahawan yang menyertai program kali ini dengan 9 usahawan berjaya mengubah status perniagaan daripada mikro kepada kecil selepas menyertai progam ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2022, di Bangi Resort Hotel, di sini, hari ini.


Ewon bergambar bersama para peserta program.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato Sri’ Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP Datuk Haji Zamri Salleh, Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Datuk Sham Shamrat Sen Gupta dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin.


Pada majlis graduasi itu seramai 180 orang daripada tujuh kumpulan usahawan berjaya menamatkan program bimbingan INSKEN. Daripada jumlah itu 87 usahawan adalah Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan kerjasama INSKEN.


Ewon berharap dengan adanya majlis graduasi akan memberikan suntikan semangat kepada para usahawan untuk terus maju ke hadapan.


Ewon (lima dari kanan) bergambar bersama tetamu-tetamu kehormat pada pada majlis itu.

“Saya amat berbangga melihat pencapaian yang sangat baik daripada usahawan bimbingan INSKEN.


“Seramai 106 usahawan berjaya menunjukkan peningkatan hasil jualan, dan daripada jumlah tersebut, 75 usahawan berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan iaitu peningkatan jualan minima sebanyak 20 peratus,” katanya.


Para peserta mengambil gambar bersama Ewon.

Ewon turut merakamkan penghargaan cemerlang kepada INSKEN atas kejayaan menganjurkan program seumpama ini yang memberikan banyak manfaat kepada usahawan.


“Semoga INSKEN terus cemerlang serta kekal proaktif dalam membantu usahawan melalui program pembangunan keusahawan dan sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara yang optimum,” katanya.


Ewon bergambar bersama usahawan wanita.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page