Varian baru Covid-19 Deltacron ditemui oleh saintis di CyprusVarian baru Covid-19 Deltacron ditemui oleh saintis di Cyprus
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Varian baru Covid-19 Deltacron ditemui oleh saintis di Cyprus



10 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


Satu varian baru Covid-19 yang dikatakan merupakan gabungan antara Delta dan Omicron ditemui oleh saintis di Cyprus.


Menurut laporan Bloomberg, penemuan tersebut dikesan oleh Profesor Sains Biologi di Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis yang kemudiannya menamakan varian tersebut sebagai ‘Deltacron’ ekoran terdapatnya genetik seperti Omicron dalam genom delta.


Dikatakan setakat ini terdapat 25 kes Covid-19 varian itu ditemui di Cyprus dan para saintis masih mengkaji tahap kebolehjangkitan dan kesannya kepada masyarakat.


Bagaimanapun,, saintis-saintis lain berpendapat bahawa penemuan Leonidos Kostrikis adalah disebabkan pencemaran makmal, yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Kostrikis.


Sebelum ini, varian terbaharu Covid-19 iaitu Omicron merupakan punca kepada peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia pada ketika ini kerana mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page