Virus Covid-19 kini berada dalam komuniti: MasidiVirus Covid-19 kini berada dalam komuniti: Masidi
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Virus Covid-19 kini berada dalam komuniti: Masidi



11 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Ramai orang secara tidak sedar bahawa mereka adalah pembawa virus Covid yang dengan mudah menjangkiti orang lain, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Beliau berkata, ini kerana virus Covid-19 kini sudah berada dalam komuniti dan jangkitan bukan lagi berlaku di lokaliti-lokaliti terpencil yang mudah dibendung dengan mengenakan perintah PKPD atau ‘lockdown’.


Sehubungan itu katanya, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Rose Nani Mudin mengesyorkan kaedah dan pendekatan baharu mendapani pandemik Covid di Sabah berteraskan beberapa perkara.


“Antaranya meningkatkan peratusan vaksinasi dalam kalangan penduduk negeri Sabah sehingga mencapai imuniti kelompok sebelum Oktober 2021.


“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan lagi kaedah utama untuk menghentikan penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Oleh itu Masidi berkata, masyarakat harus menerima hakikat bahawa perlu hidup bersama Covid-19 dalam tempoh yang lama dan norma baharu menjadi amalan dalam kehidupan harian.


“Mengambil langkah-langkah dan dasar baharu yang mengimbangi hidup dan tuntutan kehidupan bagi membolehkan ekonomi Sabah pulih seperti sedia kala dengan pematuhan norma baharu.


“Kejayaan pendekatan dan dasar baharu ini banyak bergantung kepada kerjasama rakyat untuk mematuhi semua SOP dan norma kehidupan seharian yang baharu,” katanya.


Masidi berkata, Kabinet Negeri bersetuju dengan pendekatan baharu yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan berpuas hati dengan kadar pemberian vaksin harian yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page