top of page

Vod Zanix Kekal Pimpin GEM UPKO Kota Belud Tanpa Bertanding

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 19 Jun – Ketua Generasi Muda (GEM) UPKO Bahagian Kota Belud, Vod Zanix Sidin, menang tanpa bertanding bagi penggal 2026-2029 dalam Mesyuarat Agung Tri-Tahunan GEM Kota Belud yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Tambulaung, Rabu lalu.


Keputusan itu memberi mandat baharu kepada beliau untuk terus menerajui kepimpinan sayap belia UPKO di bahagian tersebut bagi sesi 2026-2029.


Turut kekal, Hazley Ilyardo Yangan sebagai Timbalan Ketua GEM, Amanda Niclye Anichlose Setiausaha dan Syarifah Syera Pairan (Bendahari).


Menurut Zanix, susunan Ahli Jawatankuasa (AJK) kali ini mengalami perubahan selepas beberapa ahli lama terpaksa diganti kerana telah melepasi had umur keahlian GEM yang ditetapkan antara 16 hingga 30 tahun.


Dalam ucapannya, Zanix merakamkan penghargaan kepada semua ahli GEM UPKO Kota Belud atas kepercayaan dan sokongan berterusan sepanjang penggal lepas sehingga kini.


Beliau menegaskan mandat yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu kepimpinan induk UPKO dalam memperjuangkan nasib rakyat Sabah, khususnya masyarakat di Kota Belud.


Mesyuarat Agung itu turut disaksikan oleh Jainysius Sipan, Exco Generasi Muda UPKO Pusat, selaku pemerhati.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page