Wanita Positif Dadah Sambil Berhibur Ditahan
- nabalunews
- 34 minutes ago
- 1 min read

3 Mei 2026
PENAMPANG: Seorang wanita didapati positif dadah dalam operasi yang dilaksanakan di dua premis hiburan di sekitar daerah ini, semalam.
Dalam operasi berkenaan, wanita berusia 46 tahun terbabit ditahan hasil pemeriksaan terhadap seramai 38 individu lain.
Ketuq Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Katanya, operasi yang diketuai Ketua BSJND Penampang, Asisten Superintendan Bakar Jasa itu secara keseluruhan menjalankan pemeriksaan ke atas 38 individu terdiri daripada pekerja dan pengunjung premis.
“Hasil pemeriksaan serta ujian saringan air kencing mendapati seorang wanita tempatan berusia 46 tahun disyaki positif dadah.
“Suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.
Selain itu katanya, ia juga bagi memastikan premis hiburan sentiasa mematuhi undang-undang.
“Orang ramai khususnya golongan belia dinasihatkan agar menjauhi penyalahgunaan dadah kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan masa depan, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang.
“Polis Penampang komited dalam memastikan daerah ini kekal aman, selamat dan bebas daripada aktiviti jenayah serta penyalahgunaan dadah,” katanya.















Comments