WANITA UPKO, DAP DESAK POLIS SIASAT DAKWAAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PESERTA UNDUK NGADAU 2021WANITA UPKO, DAP DESAK POLIS SIASAT DAKWAAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PESERTA UNDUK NGADAU 2021
top of page
  • Wartawan Nabalu News

WANITA UPKO, DAP DESAK POLIS SIASAT DAKWAAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PESERTA UNDUK NGADAU 2021


Rowindy (kiri) dan Jannie.


2 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pelbagai pihak menggesa pihak berkuasa supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan gangguan seksual yang mengaitkan seorang ahli jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2021 ke atas seorang peserta UN.


Mereka berpendapat bahawa, siasatan terperinci itu wajar dilakukan demi keadilan semua pihak terutamanya peserta UN berkenaan.


Ketua Wanita UPKO Bahagian Kota Kinabalu Rowindy Lawrence berkata, laporan polis yang viral itu mesti disiasat kerana ia melibatkan maruah seorang wanita.


"Sekiranya ada peserta UN lain yang mengalami situasi yang sama jangan takut untuk tampil membuat laporan polis.


"Kita tidak mahu pertandingan Unduk Ngadau yang diadakan sempena Pesta Kaamatan dicemari dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.


"Jika dakwaan itu benar-benar berlaku maka pihak berwajib harus membawa orang yang melakukannya ke muka pengadilan dan tidak dibenarkan turut serta dalam penganjuran Unduk Ngadau pada masa depan," kata Rowindy.


Sementara itu Ketua Wanita DAP Sabah Jannie Lasimbang turut mendesak pihak polis supaya menyiasat kes ini dengan teliti tanpa mengira fahaman politik tertuduh.


"Saya mengutuk sebarang tindakan atau perbuatan berkaitan gangguan seksual terhadap wanita," katanya dan memuji keberanian peserta UN yang tampil membuat laporan polis.


Lelaki yang dinyatakan dalam laporan polis dan tular di media sosial itu dikatakan seorang ahli politik.


Sementara itu Pengerusi UN Borderless Joanna Datuk Kitingan berkata, biar polis melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page