WANITA UPKO MAHU MISI 30 PERATUS PENGLIBATAN WANITA DALAM PEMBUAT DASAR DIREALISASIKANWANITA UPKO MAHU MISI 30 PERATUS PENGLIBATAN WANITA DALAM PEMBUAT DASAR DIREALISASIKAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

WANITA UPKO MAHU MISI 30 PERATUS PENGLIBATAN WANITA DALAM PEMBUAT DASAR DIREALISASIKAN


Datin Juliana Jani

8 Mac 2021

Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mahu kerajaan menjadikan sambutan Hari Wanita sebagai platform memperbaharui tekad bagi merealisasikan misi mencapai 30 peratus penglibatan golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam mahupun swasta. Ketuanya Datin Juliana Jani berkata, ini kerana wanita juga berupaya menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Katanya lagi, 50 peratus daripada masyarakat adalah wanita, maka adalah wajar sekiranya golongan itu diberikan lebih banyak peluang dalam pembuat keputusan atau dasar bukan sahaja dalam sektor awam tetapi juga swasta. "Negara sedang berhadapan pelbagai masalah termasuk ekonomi ekoran pandemik Covid-19, ramai wanita terjejas dari segi pekerjaan dan perniagaan, sebab itu penglibatan golongan wanita dalam pembuat keputusan terutamanya berkaitan hal ehwal wanita amat penting kerana mereka lebih memahami keperluan wanita. "Wanita harus bangkit bersama untuk membantu memulihkan ekonomi negara dan keluarga, selaras dengan tema Hari Wanita tahun ini, 'Wanita Bangkit Mendepani Cabaran"," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Juliana turut mengingatkan semua kaum hawa supaya sentiasa menjaga kesihatan diri agar kekal sihat menjaga keluarga dan anak-anak. "Kesihatan yang baik akan membantu kita mendepani cabaran hidup sejajar dengan "wanita bangkit mendepani cabaran'," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page