top of page

Wanita warga emas pengsan ketika mendaki Bukit Padang

  • nabalunews
  • Aug 14, 2024
  • 1 min read

14 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas pengsan ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Padang, di sini, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi, berkata sepasukan 9 anggota dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.42 pagi.


"Terdapat seorang wanita pitam ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Padang.


"Pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa yang berusia 62 tahun dengan menggunakan pengusung dan seterusnya dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Setelah memastikan keadaan selamat, operasi bomba ditamatkan jam 8:03 pagi.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page