top of page

Warga emas hilang ditemui selamat di kebun halia

  • nabalunews
  • Aug 21, 2024
  • 1 min read

21 Ogos 2024


TUARAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas masuk ke hutan di Kampung Sinulihan, di sini, semalam ditemui selamat, hari ini.


Akun Kalawot, 80, ditemui pasukan polis di kawasan kebun halia dalam keadaan selamat dan lemah, pada jam 3.10 petang.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Nor Amit berkata, sebaik menerima maklumat bahawa warga emas itu telah ditemui, pasukan bomba bergegas ke lokasi berkenaan.


“Mangsa ditemui oleh pasukan polis di kawasan kebun halia kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


“Pasukan bomba seterusnya ke lokasi untuk membantu mengangkat dan seterusnya mangsa diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, selepas diberikan rawatan, mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya.


“Operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang,” katanya.


Semalam, mangsa dilaporkan hilang selepas masuk ke hutan di Kampung Sinulihan, Tuaran.


Pasukan penyelamat terdiri daripada pelbagai agensi kemudian digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page