Warga emas terlanggar cermin hadapan Maybank Bandar Prima semasa memandu kenderaannya.
- nabalunews
- Jan 26
- 1 min read

25 Januari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Seorang pemandu warga emas merempuh cermin hadapan sebuah bank selepas dipercayai gagal mengawal kenderaannya dalam kejadian di Bandar Prima, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, lelaki berusia 77 tahun itu bagaimanapun terselamat tanda sebarang kecederaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa pemandu bergerak dari arah Taman Rimba menghala ke Bandar Prima.
Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu kenderaan dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas ke atas kaki lima bangunan.
“Kenderaan yang dipandu warga emas terbabit terus merempuh cermin kaca bank berkenaan.
“Pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kerosakan pada kenderaannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, siasatan polis setakat ini juga tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Katanya, kes diklasifikasikan mengikut peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kendeeraan ketika memandu.
Comments