top of page

Warga Nabawan digalakan mengibarkan bendera Malaysia

  • nabalunews
  • Aug 15, 2024
  • 2 min read
Bobbey (keempat dari kiri) menyampaikan Jalur Gemilang kepada salah seorang Ketua Komuniti Madani pada majlis itu. Turut kelihatan Jainisiah (ketiga dari kiri).

15 August 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


NABAWAN: Semangat patriotisme dan cinta pada negara adalah penting untuk dihayati dan diterjemahkan oleh setiap rakyat Malaysia.


Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bobbey Suan berkata, sehubungan itu majlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dijadikan platform penting untuk setiap warganegara berkongsi semangat cintakan negara dan menjadi wadah ke arah meningkatkan kesedaran serta memupuk semangat patriotisme  dalam  menghayati erti kemerdekaan Malaysia yang sebenar. 


"Saya amat berharap agar setiap warga di daerah ini jika ada kelapangan, sudilah libatkan diri dalam apa jua program-program patriotik yang telah disusun dan dirancang sepanjang menuju kemuncak Bulan Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada September nanti" katanya.


"Buktikan kecintaan anda kepada negara dengan semangat patriotisme yang tinggi. Patriotisme bukan sekadar semangat, tetapi juga satu bentuk keutuhan jati diri yang perlu disemai dan dihayati kerana ia melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan," katanya.


Bobbey berkata demikian semasa berucap merasmikan KMJG peringkat Daerah Nabawan di pentas terbuka Majlis Daerah di sini hari ini.


"Sebagai persiapan menjelang 31 Ogos yang semakin hampir, setiap  masyarakat, generasi muda dan belia, setiap individu, setiap keluarga, komuniti, premis-premis kerajaan, agensi swasta dan GLC di seluruh negeri ini khususnya daerah ini, harus mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan hormat mengikut arahan dan panduan yang telah ditetapkan" katanya.


Beliau berkata, Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain yang dihiasi dengan corak dan warna yang indah, tetapi ia adalah simbol kebanggaan, kesatuan dan kedaulatan negara.


"Sematkan di hati, rasa ikhlas apabila menghiasi rumah, pejabat, sekolah, dan kenderaan kita dengan Jalur Gemilang dan biarkan ia berkibar megah di udara, ini melambangkan semangat patriotisme yang tidak pernah pudar dalam jiwa kita. 


"Bagi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan ini, sekali lagi marilah kita sama-sama mengambil bahagian dalam Inisiatif "1 Rumah 1 Jalur Gemilang" yang memberi peluang kepada kita semua untuk menunjukkan rasa cinta dan penghargaan kepada negara," katanya.


Menurut Bobbey, dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, rakyat bukan sahaja menyemarakkan suasana sambutan Hari Kemerdekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan sebagai rakyat Malaysia.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Puan Jainisiah Mohd Noor selaku ketua konvoi KMJG, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat

 
 
 

댓글


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page