top of page

YAYASAN OSIMAL SUMBANG KAMAR ISOLASI MUDAH ALIH KEPADA HOSPITAL LIKAS

  • nabalunews
  • Oct 18, 2020
  • 1 min read

TAN SRI RICHARD MALANJUM

18 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Yayasan Osimal kelmarin menghulurkan sumbangan berupa kamar isolasi mudah alih pertama kepada Hospital Likas di Sabah untuk merawat pesakit yang diuji positif COVID-19.


Pengerusinya, Tan Sri Richard Malanjum berkata peralatan itu menelan kos kira-kira RM130,000 dan boleh membantu petugas barisan hadapan di Hospital Likas menangani virus tersebut.


"Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penderma kerana mereka begitu bermurah hati membantu kami atas semangat 'rakyat jaga rakyat.'


"Selain peralatan ini, kami akan menyerahkan kira-kira 20 unit respirator pemurni udara (PAPR) pada Isnin ini yang setiap satunya bernilai RM8,000," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan kamar isolasi mudah alih kepada Pengarah Hospital Likas Dr Marcus Netto kelmarin.


Sementara itu, Dr Marcus berkata Hospital Likas memerlukan lebih banyak pihak yang boleh membekalkan peralatan perubatan termasuk peralatan perlindungan peribadi (PPE) memandangkan jumlah kes mereka yang dijangkiti COVID-19 di Sabah terus meningkat. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page