top of page

Ziarah Prihatin UPKO Bundu Paka Ringankan Beban Keluarga Mendiang

  • nabalunews
  • Apr 20
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


20 April 2026


KOTA BELUD: Ketua Cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kampung Bundu Paka yang juga Pengerusi Kelab Permotoran Siou Otolikudan (SO), Mujin Soborong, telah menziarahi keluarga mendiang Semuroh @ Gemuroh Bugi di kediaman mereka di Kampung Bundu Paka, di sini hari ini.


Kunjungan tersebut merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang sedang berduka atas pemergian insan tersayang.


Dalam lawatan itu, Mujin hadir mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Beliau turut menyampaikan sumbangan Touch Point Takziah sebagai usaha meringankan beban keluarga serta tanda simpati daripada pihak kepimpinan.


Sumbangan berkenaan diterima oleh anak mendiang, Justina Semuroh, yang mewakili keluarga dalam majlis ringkas tersebut.


Beliau merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan, sambil menyifatkan sumbangan itu amat bermakna dalam menghadapi saat sukar.


Dalam pada itu, Mujin turut menyampaikan salam takziah daripada Datuk Ewon Benedick serta berharap agar keluarga mendiang dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.


Beliau menegaskan bahawa amalan ziarah dan bantuan seumpama ini mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page