Search Results
23995 results found with an empty search
- ENAM LAGI KEMATIAN AKIBAT COVID-19 HARI INI (16 OKT)
16 OKTOBER 2020 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Enam lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh Negara hari ini, lima daripadanya adalah di Sabah dan satu di Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hashim Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 176 kes iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Beliau berkata, lima kes kematian yang dilaporkan di Sabah masing-masing tiga di Hospital Queen Elizabeth, satu kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Semporna. “Kes kematian ke-176 di Pusat Perubatan Universiti Malaysia Kuala Lumpur melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 52 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit kulit psoriasis dan penyakit tulang belakang,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. Memperincikan kes kematian di Sabah, Noor Hisham berkata, kesemuanya berumur antara 39 hingga 74 tahun iaitu empat lelaki dan seorang wanita. Beliau berkata kesemua kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis, strok, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. “Sehingga kini, terdapat 99 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
- PENDEKATAN 'WHOLE-OF-GOVERNMENT', 'WHOLE-OF-SOCIETY' BANTU KKM DI SABAH - KP KESIHATAN
16 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan kes baharu COVID-19 ke angka yang membimbangkan khususnya di Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengguna pakai pendekatan 'whole-of-government’ dan 'whole-of-society’ bagi membendung penularan wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tambahan tenaga kerja adalah diperlukan ketika ini bagi menjalankan aktiviti kesihatan di 19 pusat kuarantin berisiko rendah dan aktiviti kesihatan awam di lapangan di negeri berkenaan. Justeru, beliau berkata pendekatan ‘whole-of-government’, yang merujuk kepada tenaga kerja anggota dalaman KKM, dan 'whole-of-society’ melibatkan sukarelawan adalah sangat penting bagi melandaikan lekuk jangkitan COVID-19. “Kita sedang berada dalam krisis kes baharu yang meningkat setiap hari contohnya di Sabah. Dalam keadaan biasa, kita sudah cukup sumber tenaga manusia untuk memberikan perkhidmatan kesihatan. Tetapi sekarang kita dalam krisis. Inilah masanya perlu menambah sumber tenaga manusia,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook KKM hari ini. Pada masa sama, beliau berkata pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan sukarelawan badan bukan kerajaan atau menggunakan 'whole-of-non governmental organisation’ dalam membantu pasukan perubatan KKM. Sehingga kini, Sabah terus mencatat jumlah kes baharu tertinggi iaitu 489 kes, susulan lebih banyak keputusan makmal diperoleh. Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini jumlah keseluruhan tenaga kerja warga KKM pelbagai kategori yang telah digerakkan ke Sabah adalah seramai 767 anggota. “Bagi warga KKM dalaman di Sabah, seramai 492 anggota perubatan dan 52 anggota kesihatan awam digerakkan ke negeri itu sejak bulan lepas. Sementara, 175 anggota perubatan dan 48 anggota kesihatan awam dari negeri lain juga terlibat,” katanya. Mengenai Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO), Dr Noor Hisham mengingatkan kontak rapat untuk menjalani tempoh 14 hari kuarantin walaupun keputusan saringan pertama COVID-19 adalah negatif. “Kita nasihatkan mereka memantau kesihatan menggunakan aplikasi MySejahtera dalam masa 14 hari. Ini penting kerana apa yang kita dapati, 75 peratus kes positif pada hari pertama kuarantin manakala 25 peratus lagi positif pada hari ke-13,” katanya. - Bernama
- COVID-19: LABUAN BERDEPAN TIGA KLUSTER AKTIF
16 OKTOBER 2020 LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan sedang mengenal pasti kawasan berkepadatan penduduk tinggi yang mungkin mempunyai kes positif COVID-19 tidak direkodkan susulan kemunculan Kluster Saguking di pulau bebas cukai itu. Kluster Saguking, yang muncul semalam (15 Okt) dengan lima kes baharu, menjadikan jumlah kluster aktif di Labuan setakat hari ini ialah tiga. Kluster sedia ada iaitu Bah Bangat dan Bah Bundle masing-masing mempunyai 11 dan sembilan kes. Lima kes baharu di Kampung Saguking, yang sebahagiannya dihuni migran berdokumen dan tidak berdokumen dari Filipina, telah dikesan oleh pasukan Jabatan Kesihatan Labuan tiga hari lepas melalui saringan kesihatan yang dijalankan di kampung itu. "Kami sedang mengesan individu yang belum disaring dan mungkin positif COVID-19, ia bukan satu tugas yang mudah namun harus diselesaikan," kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari kepada Bernama. Labuan mencatatkan peningkatan kes secara harian sejak seminggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 92 kes setakat Khamis. Ismuni berkata sejumlah 13,462 sampel diambil daripada individu yang pulang dari Sabah sejak 26 Sept lepas dan lebih 11,000 keputusan telah dikeluarkan manakala bakinya (lebih 2,000 sampel) masih menunggu keputusan. “Kami telah menempatkan dua pasukan di Kampung Saguking di mana kluster baharu itu muncul pada Khamis untuk memantau dengan ketat penularan di sana,” katanya. Kerajaan telah meletakkan Labuan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 17 hingga 30 Okt. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil pada sesi khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas nasihat Kementerian Kesihatan selepas mengambil kira peningkatan jumlah kes COVID-19 di pulau tersebut. - Bernama
- OPERASI BEBERAPA PREMIS DI SABAH DILANJUTKAN HINGGA 8 MALAM
16 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Waktu operasi kedai makan, farmasi, kedai serbaneka dan stesen minyak ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dilanjutkan sehingga 8 malam berkuat kuasa esok. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata waktu operasi premis berkenaan lebih panjang iaitu dari 6 pagi hingga 8 malam, berbanding dari 6 pagi hingga 6 petang, sebelum ini. "Bagaimanapun perlanjutan masa operasi ini tidak termasuk kedai runcit atau pasar mini, pasar raya besar dan pasar raya," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. Pada Isnin (12 Okt) lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata seluruh Sabah dikenakan PKPB bermula Selasa (13 Okt) sehingga 26 Okt ini. Sementara itu, Masidi berkata pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar berjalan lancar dan setakat ini sebanyak 35,672 bakul makanan telah diagihkan. "Kepada penduduk negeri Sabah, kita kena sentiasa peka dengan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa. Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian COVID-19,” katanya. – Bernama
- OPERATION HOURS OF BUSINESS PREMISES IN SABAH EXTENDED TO 8 PM
16 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: The operating hours of restaurants, pharmacies, convenience stores and petrol stations during the Conditional Movement Control Order (CMCO) in the state, have been extended until 8 pm effective tomorrow. (Oct 17). Sabah Local Government and Housing Minister Datuk Masidi Manjun said the new operating hours are 6 am to 8 pm, compared to 6 am to 6 pm previously. "However, the extension of this operating time does not include grocery stores or mini markets, hypermarkets and supermarkets," he said in a statement here today. On Oct 12, Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob announced that the whole of Sabah would be under CMCO from Oct 13 until Oct 26. Meanwhile, Masidi said the distribution of food basket aid to the target group was proceeding smoothly and to date, a total of 35,672 food baskets had been distributed. "To the people of Sabah, we must always obey the advice issued by the Ministry of Health at all time. Let us all break the COVID-19 chain," he said. - Bernama
- COVID-19: 245 KES SEMBUH, 106 KES ADALAH DI SABAH
16 OKTOBER 2020 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sebanyak 245 kes telah pulih Covid-19 dilaporkan hari ini (16 Oktober) di seluruh negara termasuk 106 kes di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hashim Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 12,259 kes atau 65.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. “Daripada jumlah keseluruhan kes yang telah pulih Sabah (106 kes); Selangor (59 kes); Kedah (53), Wilayah Persekutuan Labuan (lapan kes),Sarawak (enam kes); Melaka (lima kes); Terengganu dan Kelantan masing-masing tiga kes, Pahang dan Perlis juga masing-masing satu kes,” katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.
- AKTIVITI EKONOMI DIBENARKAN SEPANJANG PKPB DENGAN PATUHI SOP: JOACHIM
16 OKTOBER 2020 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Semua kegiatan berkaitan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr.Joachim Gunsalam. Bagaimanapun beliau berkata, kawasan-kawasan lokaliti yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah terkecuali daripada SOP itu. “Semua sektor ekonomi di kawasan PKPB seperti perkilangan, pembinaan, pertanian, perikanan, perladangan, pembangunan hartanah, logistik, peruncitan, perkhidmatan dan sebagainya adalah dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKPB. “Perniagaan yang tidak dibenarkan ialah aktiviti pusat-pusat atau premis hiburan, kelab-kelab hiburan, termasuk kelab malam, pub, panggung wayang, aktiviti perjudian, pasar malam, pasar tani, tamu, rumah urut, pusat refleksologi, rawatan muka (facial), manicure dan pedicure,” katanya, di sini, kelmarin. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, para pengusaha dan peniaga serta pemain industri wajib mematuhi peraturan SOP berikut untuk beroperasi iaitu masa operasi perniagaan bermula 6.00 pagi sehingga 6.00 petang. “Bilangan pekerja perniagaan hendaklah dihadkan kepada hanya 50 peratus pada satu-satu masa, melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) satu meter, kawalan jumlah pembeli dalam satu-satu masa, penetapan satu pintu/laluan masuk dan satu pintu/laluan keluar, had masa bagi setiap pembeli tidak lebih 30 minit. “Pengimbasan suhu badan oleh pemilik premis juga mesti disediakan, saringan suhu badan dilaksana di laluan masuk premis kerja (suhu badan dengan bacaan melebihi 37.5 darjah celsius dan ke atas tidak dibenarkan masuk). “Sekiranya, suhu badan majikan, pekerja atau pelanggan menunjukkan 37.5 darjah celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk dan hendaklah dirujuk kepada Jabatan Kesihatan serta merta,” katanya. Joachim berkata, pelanggan dan pekerja juga diwajibkan memakai face mask dan menggunakan hand sanitizer dan pengusaha premis diwajibkan melakukan kerja-kerja menyahkuman di premis masing-masing secara berterusan. Joachim turut menghargai komitmen pihak industri berganding bahu dengan Kerajaan Negeri dalam menangani penularan wabak COVID-19 dan juga mematuhi SOP.
- EWON PROVIDES FOOD AID FOR QUARANTINED KADAMAIAN RESIDENTS
16 OCTOBER 2020 KOTA BELUD: Kadamaian State Assemblyman Datuk Ewon Benedick has taken the initiative to provide food aid for Kadamaian residents who are undergoing mandatory home quarantine order. The aid was hoped to help reduce the burden of the villagers he said, especially those who could not go out to buy their necessities, such as food. “I have been informed that a total of 68 residents in Kadamaian are currently undergoing home quarantine. "Therefore, to complement the efforts made by the Kota Belud District Office, I have also provided food baskets to those involved," he said after sending the food assistance to the Kadamaian Assembly Office here, Friday. According to Ewon, the distribution of the food baskets will be managed by the secretariat of Kadamaian Assembly Liaison Office. He also reminded the people in the state to continue complying with the standard operating procedure (SOP) throughout the Conditional Movement Control Order (CMCO) period to help curb the spread of Covid-19.
- RON95, RON97 NAIK SATU SEN, DIESEL NAIK LIMA SEN
16 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala diesel naik lima sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Okt ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel (RM1.74). Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama
- RON95, RON97 UP ONE SEN, DIESEL UP FIVE SEN
16 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: The retail prices for RON95 and RON97 petrol will each go up by one sen per litre, while that of diesel will cost five sen more for the period of Oct 17 to 23. The Ministry of Finance in a statement today said based on the weekly retail pricing of petroleum products using the Automated Price Mechanism (APM) formula, the new price per litre for RON95 is RM1.68, RON97 (RM1.98) and diesel (RM1.74). It said the government would continue to monitor the trends of global crude oil prices and take appropriate measures to ensure the continued welfare and well-being of the people. - Bernama
- AHLI PARLIMEN SABAH MULA JALANI KUARANTIN DI KL SEBELUM PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT
16 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Menjelang persidangan Dewan Rakyat 2 Nov ini, beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-14 yang dijadual berlangsung sehingga 15 Dis. Mereka perlu menjalani ujian COVID-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipakaikan gelang pengawasan dan seterusnya menjalani kuarantin 14 hari, sepertimana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Beberapa Ahli Parlimen yang dihubungi Bernama menyatakan ada yang sudah tiba di Kuala Lumpur sejak semalam, selain ada yang memilih untuk melakukan perjalanan esok, selaras arahan Setiausaha Dewan Rakyat yang meminta mereka untuk berada di ibu negara selewat-lewatnya, esok. Ahli-ahli Parlimen dari Sabah itu boleh memilih untuk menjalani kuarantin di kediaman sendiri atau di hotel yang ditentukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata beliau tiba kira-kira 8 malam semalam di KLIA, dan diminta mengisi borang berkaitan sebelum menjalani ujian swab. “Memandangkan saya memilih untuk kuarantin di hotel yang disediakan NADMA, semua urusan pengangkutan diuruskan oleh mereka malah bagasi kami juga disanitasi sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan," katanya yang memuji kelancaran urusan itu. Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis yang menaiki penerbangan sama dengan Chan, pula berkata beliau juga memilih untuk kuarantin di hotel disediakan NADMA dan akan menjalani kuarantin sehingga 28 Okt. "Saya akan berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang lama bagi menghadiri persidangan ini disebabkan sekiranya saya mahu balik ke Sabah, saya perlu menjalani proses yang sama (dikenakan ujian swab dan dikuarantin semula) sebelum saya boleh ke Dewan Rakyat semula. “Kita jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk dikuarantin. Bagi kita, dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat yang antara lain bakal membentangkan Belanjawan 2021, satu agenda penting untuk negara," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berkata beliau akan mengambil penerbangan malam esok dari Kota Kinabalu dan memilih untuk menjalani kuarantin di kediaman sendiri. “Apa-apa pun kita akan tetap mematuhi segala SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM bagi memastikan kelancaran urusan perjalanan sidang Dewan Rakyat kali ini," katanya. Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam surat bertarikh 9 Okt yang dikongsikan Chan sebelum ini, menyebut bahawa Ahli Parlimen juga perlu menjalani ujian COVID-19 di kemudahan kesihatan kerajaan atau swasta, pada hari ke-13. Mereka kemudiannya perlu membawa keputusan ke pejabat kesihatan daerah (PKD), sehari kemudian untuk mendapatkan surat pelepasan kuarantin dan pemotongan gelang pengawasan, jika disahkan negatif COVID-19. Ahli Parlimen terbabit akan dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut, jika didapati positif COVID-19, selain perlu mengulangi prosedur sama jika pulang ke Sabah. - Bernama
- 26,178 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN DI TUJUH DAERAH SELURUH SABAH, SETAKAT 15 OKT
16 OKTOBER 2020 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sebanyak 26,178 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar Covid-19 di tujuh daerah seluruh Sabah, sehingga 15 Oktober, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir.Shahelmey Yahya. Beliau berkata, agihan harian itu dilaksanakan sejak awal Oktober dan akan diteruskan tertakluk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “Pada 15 Oktober sebanyak 4,517 bakul makanan diagihkan kepada penduduk kampung yang memerlukan bantuan di kawasan zon merah dan tidak dibenarkan keluar. “Daripada jumlah itu 1,088 bakul makanan diagihkan di Lahad Datu, Semporna (1,647 bakul), Kunak (401) dan Tawau sebanyak 800 bakul makanan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Ir.Shahelmey berkata, pada 14 Oktober lalu, daerah-daerah yang terlibat dalam pengagihan bakul makanan ialah Sandakan (71 bakul), Kota Kinabalu (410 bakul) dan Penampang (100 bakul). “Pengagihan bakul makanan bagi daerah Papar dilaksanakan kelmarin (15 Oktober), Putatan bermula hari ini, Tuaran (18 Oktober) dan Kota Belud (19 Oktober),” katanya. Katanya lagi, keutamaan bantuan agihan bakul makanan di zon merah adalah untuk dua kategori iaitu penduduk yang terjejas perintah kawalan pergerakan dan keluarga yang tidak boleh keluar rumah kerana arahan kuarantin rumah. Beliau berkata, bagi kawasan bukan zon merah pula, agihan bakul makanan adalah untuk keluarga yang kesemua ahli keluarga dikenakan kuarantin rumah. “Jumlah sasaran untuk pengagihan bantuan juga berubah dari semasa ke semasa kerana kes positif dan kuarantin bertambah setiap hari,” katanya.











