top of page

Search Results

23991 results found with an empty search

  • KKTP jelajah 25 majlis daerah dapatkan maklum balas PBT

    4 April 2026 MEMBAKUT: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah akan mengadakan jelajah ke 25 majlis daerah di seluruh negeri bermula minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan serta cadangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata jelajah itu akan dimulakan dengan lawatan ke beberapa daerah termasuk Penampang, Putatan, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar “Dalam tempoh dua minggu pertama, sebanyak lima majlis daerah akan dikunjungi sebelum jelajah diteruskan ke Sandakan dan seterusnya ke Tawau. “Secara keseluruhan, terdapat 25 majlis daerah termasuk majlis perbandaran di Sabah yang akan disantuni bagi membolehkan kementerian mendapatkan taklimat secara langsung daripada pihak majlis,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri di Kampung Pimping, di sini, hari ini. Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin. Mengulas lanjut, Arifin berkata jelajah KKTP itu akan dilaksanakan serentak dengan program Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang akan memperkenalkan inisiatif Tadarus Subuh. “Tadarus Subuh akan diisi dengan program khatam Al-Quran pada waktu subuh serta aktiviti bagi menggalakkan amalan bertadarus sepanjang tahun. “Setiap program dijangka melibatkan lebih 300 peserta dan kita akan mengenal pasti lokasi sesuai di setiap daerah untuk pelaksanaannya,” ujarnya. Selain itu, beliau berkata Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), JHEAINS serta Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah turut akan melaksanakan program masing-masing dengan menyantuni masjid di daerah terlibat. “Kita juga akan menyalurkan bantuan utiliti kepada masjid selain mengenal pasti keperluan pembaikan melibatkan masjid dan sekolah agama. “Pada masa sama, saya akan melawat projek pembangunan sedia ada dan yang sedang dilaksanakan termasuk sekolah agama negeri, masjid serta surau,” katanya. Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih serta Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar.

  • KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi kos sara hidup

    4 April 2026 KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti langkah sewajarnya bagi membantu warga kampus, khususnya pelajar, berdepan kemungkinan peningkatan kos sara hidup susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, krisis berkenaan memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada ekonomi global, malah turut menjejaskan pengurusan kewangan dalam kalangan warga pendidikan tinggi termasuk staf, ahli akademik dan pelajar. “Semalam, saya menerima kunjungan beberapa wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi membincangkan langkah yang boleh diambil KPT dan kerajaan dalam membantu warga kampus menghadapi kemungkinan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga makanan dan keperluan harian. “Beberapa idea dan cadangan telah dikemukakan. Saya telah meminta pihak pegawai untuk meneliti perkara ini secara serius dan memberikan perhatian sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu. Zambry berkata beliau akan mengumumkan perancangan serta langkah awal yang disarankan oleh KPT bagi menangani isu tersebut, dalam masa terdekat ini. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pandangan dan suara mahasiswa akan terus diberi perhatian serta diterjemahkan kepada tindakan nyata.

  • Bekalan beras Sabah mencukupi, elak pembelian panik – Foong Hin

    4 April 2026 KOTA KINABALU: Bekalan beras di negeri ini ketika ini dijamin mencukupi dan berada dalam keadaan terkawal bagi menampung keperluan rakyat, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya tidak panik dan mengelakkan pembelian secara berlebihan. Jelasnya, pembelian panik yang berlaku bukan berpunca daripada kekurangan bekalan, sebaliknya didorong penularan maklumat tidak sahih yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. “Tindakan menyebarkan khabar angin bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah berpotensi mengganggu kestabilan pasaran. “Hakikatnya, bekalan beras di Sabah ketika ini adalah mencukupi dan berada dalam keadaan terkawal untuk menampung keperluan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, semalam. Foong Hin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Operasi Pejabat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Sabah, Hervian Kirman dan Timbalan Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sabah, Rosman Shamsul bagi mendapatkan gambaran terkini situasi bekalan di negeri ini. Menurutnya, BERNAS memberi jaminan bekalan beras di Sabah adalah mencukupi untuk menampung keperluan semasa. Selain itu, katanya kerajaan negeri turut mempertingkatkan pemantauan di seluruh rantaian pengedaran bagi memastikan keterjaminan makanan terus terpelihara. "Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian secara berlebihan atau hoarding kerana tindakan itu boleh menjejaskan kestabilan pasaran serta mengganggu akses pengguna lain terhadap bekalan beras. "Orang ramai turut diseru supaya kekal tenang, berbelanja secara berhemat serta mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” katanya. Beliau menegaskan kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan bekalan kekal stabil dan mencukupi untuk seluruh rakyat Sabah.

  • TYT, KM hadir Majlis Silaturahim Hari Raya Konsulat Jenderal Republik Indonesia

    4 April 2026 KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Idul Fitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu 1446H/2026M di Wisma Indonesia, pada Sabtu. Keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin dan Hajiji bersama isteri, disambut oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi dan isteri. Majlis diteruskan dengan jamuan makan, diiringi dengan persembahan nyanyian, yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dengan menghimpunkan pelbagai lapisan tetamu jemputan. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim Haji M.Yahya dan Timbalannya, Datuk Al Hambra Tun Juhar.

  • Jalan Rosak Di Labuk, Beluran Perlu Tindakan Segera

    4 April 2026 BELURAN: Keadaan jalan raya yang rosak teruk sepanjang kira-kira 25 kilometer dari simpang Beluran hingga ke pekan utama di kawasan Labuk menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan penduduk setempat. Ketua CLC Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Labuk, Norfadzlina Ramsah berkata, keadaan jalan yang berlubang, tidak rata serta kurang penyelenggaraan bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna, malah membahayakan keselamatan penduduk yang menggunakan laluan tersebut setiap hari. Katanya, laluan berkenaan merupakan nadi utama perhubungan bagi penduduk setempat untuk ke tempat kerja, sekolah, mendapatkan rawatan kesihatan serta menjalankan aktiviti ekonomi. “Namun, keadaan jalan yang daif menyebabkan perjalanan menjadi lebih lama, selain meningkatkan risiko kemalangan terutama pada waktu malam dan ketika hujan. “Selain itu, pengguna jalan raya juga terpaksa menanggung kos tambahan akibat kerosakan kenderaan seperti tayar pecah, rim bengkok serta kerosakan sistem suspensi,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, situasi itu bukan sahaja membebankan penduduk tempatan, malah turut memberi kesan kepada pelawat luar daerah yang melalui laluan tersebut. Katanya, isu berkenaan turut terserlah semasa penganjuran acara Rentas Desa sekolah-sekolah peringkat negeri Sabah baru-baru ini apabila Beluran menjadi tuan rumah. “Ramai peserta dan pengunjung luar terpaksa berdepan dengan keadaan jalan yang sama, malah video yang dikongsikan di media sosial jelas menunjukkan keadaan jalan yang menyedihkan,” katanya. Menurutnya, keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap imej daerah Beluran sebagai tuan rumah acara peringkat negeri serta berpotensi menjejaskan reputasi kawasan tersebut. Sementara itu, Norfadzlina Ramsah berkata, keadaan infrastruktur jalan yang tidak memuaskan turut menjadi antara kekangan utama dalam usaha membangunkan potensi pelancongan di kawasan Labuk dan sekitarnya. “Walaupun kawasan ini mempunyai potensi sebagai destinasi pelancongan, akses jalan yang teruk boleh menjejaskan keyakinan pelancong dan pelabur, sekali gus membantutkan pembangunan ekonomi setempat,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dan proaktif bagi menaik taraf serta menyelenggara jalan berkenaan secara menyeluruh. “Tindakan segera amat diperlukan demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk, di samping membuka peluang pembangunan ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan di kawasan Beluran, khususnya di Labuk,” katanya.

  • JPG Keningau pantau harga, bekalan dan hak pengguna

    4 April 2026 KENINGAU: Jawatankuasa Gerakan Pengguna (JPG) Daerah Keningau bagi sesi 2026–2028 menetapkan tiga fokus utama iaitu memperkukuh pengawasan harga dan bekalan, meningkatkan literasi digital kepenggunaan serta mempergiat advokasi hak pengguna. Di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), JPG berperanan sebagai penggerak utama dalam memastikan pelaksanaan inisiatif kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman. Pengerusinya yang baharu, Peter Jonu Moinjil berkata, jawatankuasa itu yang dianggotai wakil jabatan dan agensi kerajaan, aktivis komuniti, ahli akademik serta usahawan muda akan bekerjasama rapat dengan KPDN bagi mempertingkat pemantauan di peringkat tempatan. “Kami akan mempergiat pemantauan harga barangan keperluan asas bagi memastikan inisiatif seperti ‘Harga Madani’ dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, terutama di kawasan luar bandar. “Selain itu, pendidikan berkaitan transaksi e-dagang turut diberi keutamaan bagi melindungi pengguna, khususnya golongan muda, daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian,” katanya selepas majlis pelantikan rasmi, baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Cawangan KPDN Keningau, Fadzly Daupin berkata penstrukturan semula JPG diyakini mampu meningkatkan keberkesanan tindakan melalui penyaluran maklumat yang lebih pantas. Beliau berkata langkah itu penting dalam mewujudkan persekitaran pasaran yang adil, telus dan berdaya saing. “Sehubungan itu, kami menggesa pengguna di daerah ini agar terus menggunakan saluran rasmi untuk melaporkan sebarang salah laku peniaga,” katanya. Dalam perkembangan sama, JPG Keningau menyasarkan penganjuran Program Jualan Rahmah Madani dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan rakyat terus menikmati manfaat subsidi kerajaan. Usaha memperkukuh Gerakan Pengguna Zon Keningau turut dipergiat menerusi pelaksanaan kempen kesedaran kepenggunaan di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.

  • TYT and Chief Minister Attend Indonesian Consulate-General’s Hari Raya Gathering

    4 April 2026 KOTA KINABALU: The Chief Minister, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, together with his wife, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, attended the Hari Raya Aidilfitri Silaturahim hosted by the Consulate-General of the Republic of Indonesia in Kota Kinabalu (1446H/2026M) at Wisma Indonesia on Saturday. The arrival of the Yang di-Pertua Negeri of Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman, accompanied by Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin, as well as the Chief Minister and his wife, was received by the Consul-General of the Republic of Indonesia in Kota Kinabalu, Noorman Effendi, and his spouse. The event continued with a luncheon accompanied by musical performances, held in a warm and convivial atmosphere, bringing together guests from various segments of society. Also present were the Speaker of the Sabah State Legislative Assembly, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, and his Deputy, Datuk Al Hambra Tun Juhar.

  • ‘Discover Keningau’ Book Launched to Promote District’s Tourism Potential

    Datin Dr Cleopatra @ Clay Asing officiates the launch of the Discover Keningau book. 4 April 2026 KENINGAU: A tourism guidebook titled Discover Keningau (first edition) has been launched as an initiative to showcase the uniqueness and diversity of the district’s tourism offerings in conjunction with Visit Malaysia Year 2026. Published by the Keningau Tourism and Culture Association (KeTCA), the book compiles comprehensive information on destinations, products and attractions available in the Keningau district, serving as an essential reference for both domestic and international visitors. The launch was held in conjunction with the Keningau Tourism Creative Industry Awards Night on April 2 at Bandukan Resort here. The book was officially launched by the Deputy Permanent Secretary II of the Sabah Ministry of Tourism, Culture and Environment (KePKAS), Datin Dr Cleopatra @ Clay Asing. KeTCA Chairman, Rafie Datuk Robert, said the publication forms part of ongoing efforts to strengthen the promotion of local tourism, which continues to hold significant untapped potential. “I believe many of Keningau’s tourism products remain relatively unknown. It is hoped that this initiative will help local tourism operators gain greater recognition,” he said. He added that the publication also aligns with efforts to position Keningau as one of the must-visit destinations during Visit Keningau Year 2026. He noted that sustained efforts to promote local tourism products would not only attract more visitors, but also stimulate the local community’s economy. Meanwhile, he expressed hope that Discover Keningau would serve as a useful guide and a source of inspiration for visitors to explore the district’s natural beauty and unique cultural heritage.

  • KPDN Keningau Catat Pematuhan Penuh Peniaga Dan Stesen Minyak Di Tiga Daerah Pedalaman Sabah

    Oleh: Romie Stanley DGuns 4 April 2026 KENINGAU: Pegawai Penguat kuasa KPDN Cawangan Keningau telah menjalankan Pemeriksaan Ops Tiris, Ops Pantau, serta Pemeriksaan Keberadaan Bekalan Barangan Keperluan Asas di sekitar kawasan Daerah Tenom, Sook dan Tambunan pada Jumaat, 3 April 2026. Hasil pemeriksaan mendapati semua peniaga di setiap premis yang diperiksa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN, khususnya dari segi penandaan harga serta penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan untuk tujuan perdagangan. Kementerian juga mencatatkan pematuhan penuh terhadap Peraturan Had Pengisian Minyak Diesel yang mula dikuatkuasakan mulai 1 April 2026 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pengusaha stesen minyak dan orang awam didapati mematuhi peraturan tersebut dengan baik sepanjang pemeriksaan dijalankan. Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi KPDN melalui talian WhatsApp 019-848 8000, Pusat Panggilan 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN, atau terus ke Pejabat KPDN Cawangan Keningau di talian 087-338 401.

  • Kaamatan Festival highlighted as Sabah’s key tourism draw at MATTA Fair

    4 April 2026 KUALA LUMPUR: The Kaamatan Festival is being positioned as Sabah’s next major tourism draw as the state strengthens its presence at the MATTA Fair, held at the Malaysian International Trade and Exhibition Centre (MITEC) here. The Sabah Tourism Board (STB) is participating in the fair alongside 37 Sabah-based travel agents, operating more than 100 booths and offering a wide range of travel packages aimed at boosting forward bookings, particularly for the upcoming Kaamatan season in May. The focus on Kaamatan took centre stage today (April 4) with the presence of Huguan Siou, the paramount leader of the Kadazan-Dusun, Murut and Rungus communities, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, who appeared in traditional Kadazan-Dusun attire to launch the Kaamatan invitation video at the Sabah Pavilion. Earlier, Sabah Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Jafry Ariffin launched the refreshed Explore Sabah destination brand as part of efforts to strengthen the state’s tourism positioning. The Explore Sabah campaign highlights the state’s unique offerings, promoting its world-renowned natural attractions and community-based tourism experiences, including packages designed to complement the Kaamatan festival, Sabah’s premier cultural event. “Kaamatan is one of Sabah’s strongest cultural assets and a key reason for visitors to plan their trips to the state. “The presence of the Huguan Siou today underscores the cultural significance of this harvest festival as a cornerstone celebration for our indigenous communities, while also reinforcing its growing appeal among visitors seeking authentic cultural experiences,” said Jafry. He added that Kaamatan offers travellers a valuable opportunity to engage more deeply with Sabah’s people, traditions and way of life. Celebrated annually across the state, Kaamatan features a month-long programme of cultural performances, traditional rituals, local cuisine and the Unduk Ngadau pageant, with its main highlights taking place on May 30 and 31. With strong participation at the three-day MATTA Fair, which concludes on April 5, Sabah aims to convert on-ground interest into confirmed travel bookings, particularly for the mid-year period anchored by Kaamatan. Other packages on offer include visits to iconic destinations such as Kundasang for views of Mount Kinabalu, Semporna for island and diving getaways, as well as a variety of nature and wildlife experiences. A teaser for the upcoming Visit Sabah 2027 campaign was also unveiled at the Sabah Pavilion, offering a preview of the state’s longer-term tourism direction. Also present at the launch were Assistant Minister to the Chief Minister and STB Chairman Datuk Joniston Bangkuai; Assistant Minister of Tourism, Culture and Environment Dr Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal; Permanent Secretary to the Ministry of Tourism, Culture and Environment Datuk Josie Lai; and STB Chief Executive Officer Julinus Jeffery Jimit.

  • 5 Pemain B-20 Tawau Sertai Latihan Pusat Sabah FC II Menjelang Piala Presiden 2026

    Oleh: Romie Stanley DGuns 4 April 2026 TAWAU: Seramai 5 pemain bawah 20 tahun dari Daerah Tawau bakal mewakili Sabah FC II (B-20) dalam saingan Piala Presiden 2026, selepas sedang menjalani latihan persiapan pusat ketika ini. Kesemua mereka ialah Mohammed Samuddin Erwan, Muhammad Arash Iskandar Mustafah, Muhammad Zailen Bekri, Mohamad Fikri Firdaus Sabtari, dan Muhammad Yusmawi Pang Kin En (dari Semporna, mewakili Tawau). Sementara itu, bagi skuad Sabah FC III (Bawah 18 Tahun), tiga pemain berasal dari Tawau turut menjalani sesi latihan persiapan pasukan: Muhammad Hafiz Hazriq Arie, Muhammad Farid Syazwan Bambang, dan Aliff Ramadan Farid. Untuk rekod, saingan Piala Presiden 2026 (B-20) akan membuka tirai pada 18 April 2026, manakala Piala Belia 2026 (B-18) pada 2 Mei 2026. Pihak pengurusan memohon agar pemain-pemain daerah ini terus didoakan agar berjaya diserap ke dalam pasukan masing-masing dan seterusnya beraksi dengan cemerlang.

  • Operasi Bersepadu KPDN Tawau: Premis Gunakan Alat Sukat Luput Tempoh Dikenakan Tindakan

    Oleh: Romie Stanley DGuns 4 April 2026 TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau melalui operasi bersepadu selama tiga hari bermula 1 hingga 3 April 2026 telah mengesan beberapa premis di bandar Tawau menggunakan alat sukatan yang telah tamat tempoh untuk tujuan perdagangan. Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap premis berkenaan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Operasi bersepadu ini dilaksanakan bersama Bahagian Penguatkuasaan Kawal Selia Padi (KPB) Tawau, Pasukan Gerakan Am (PGA), serta Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Ia merupakan inisiatif berterusan KPDN untuk memperkukuh pematuhan peraturan perniagaan, termasuk pemantauan bekalan barang kawalan, pencegahan penyelewengan, penandaan harga, serta ketepatan alat timbang. Selain memastikan kepatuhan peniaga, pemeriksaan turut bertujuan menjamin bekalan barang kawalan berjadual di pasaran Tawau kekal mencukupi, terutamanya menjelang musim perayaan. Bagi kesalahan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972, individu yang sabit kesalahan pertama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda boleh meningkat sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat, denda sehingga RM100,000 dikenakan untuk kesalahan pertama dan sehingga RM250,000 untuk kesalahan berikutnya. Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta untuk kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta untuk kesalahan berikutnya. KPDN Tawau dan agensi yang terlibat akan terus mempertingkatkan pemantauan dari semasa ke semasa, khususnya menjelang musim perayaan, bagi memastikan aktiviti perniagaan berjalan secara beretika dan mematuhi undang-undang demi melindungi kepentingan pengguna. Sebarang aduan boleh disalurkan melalui portal e-aduan.kpdn.gov.my, menghubungi talian 089-776690 (KPDN Tawau) atau melalui WhatsApp di 019-279 4317 dan 019-848 8000 (Aduan Pengguna).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page