top of page
Search


Ewon bawa Agenda Sabah First dalam Perbahasan Belanjawan 2027
13 Oktober 2026 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick membawa agenda Sabah First dalam perbahasan Belanjawan 2027 dengan membangkitkan tuntutan hak perlembagaan Sabah, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta keperluan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri itu. Beliau berkata, peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah perlu diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat, dengan pelaksanaannya mengambil kira keunikan geograf
nabalunews


Peruntukan RM18.7 Bilion Mesti Manfaatkan Rakyat Pedalaman – Pemuda UPKO Ranau
Oleh Romie Stanley DGuns 12 Oktober 2026 RANAU: Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau mendesak supaya peruntukan RM18.7 bilion untuk Sabah dalam Belanjawan Malaysia 2027 diterjemahkan kepada pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya di luar bandar dan pedalaman. Ketuanya, Amirul Azril Zulfkli, berkata peningkatan peruntukan itu perlu dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas yang masih dihadapi penduduk, term
nabalunews


Ewon sumbang kerusi roda, kerusi berangkai bernilai RM23,600 kepada Poliklinik Penampang
10 Oktober 2026 PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan 20 unit kerusi roda dan 40 unit kerusi berangkai bernilai keseluruhan RM23,600 kepada Poliklinik Penampang (Klinik Kesihatan Penamoang) hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sumbangan itu merupakan susulan kunjungannya ke Pejabat Kesihatan Daerah Penampang pada 22 September lalu, apabila dimaklumkan mengenai keperluan kelengkapan berkenaan. “Susulan ku
nabalunews


Ewon bangkitkan risiko keselamatan berkaitan pelarian dan pendatang asing di Sabah
8 Oktober 2026 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick membangkitkan persoalan mengenai risiko keselamatan berkaitan keberadaan generasi pelarian dan pendatang asing dari Filipina di Sabah pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Beliau meminta penjelasan Kementerian Pertahanan sama ada keadaan itu diiktiraf sebagai satu bentuk risiko keselamatan dalam negara, mengambil kira kedudukan Sabah yang dekat dengan kepulauan dan wilayah Filipina. “Dengan kedudukan
nabalunews


Peningkatan Aktiviti Ketenteraan AS-Filipina Di Pulau Balabac: MINDEF Jamin Kedaulatan Sabah
8 Okt 2026 KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memberikan jaminan kedaulatan dan keselamatan Sabah berada dalam keadaan terpelihara meskipun terdapat peningkatan aktiviti tentera Amerika Syarikat (AS) dan Filipina di Pulau Balabac, yang terletak berhampiran sempadan negara. Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kementerian sentiasa memantau perkembangan pertahanan dan sebarang peningkatan aktiviti ketenteraan negara asing serta menilai implikasi terhadap keselamata
nabalunews


Perspektif Sabah, Sarawak perlu diberi penekanan dalam Agenda Ekonomi Bumiputera – Ewon
6 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, berkata, perspektif dan kepentingan Bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu diberi penekanan dalam merangka agenda ekonomi Bumiputera negara bagi memastikan dasar serta inisiatif yang dilaksanakan mengambil kira keperluan kedua-dua negeri. Beliau berkata, kepentingan masyarakat itu perlu difahami dalam konteks persefah
nabalunews


Wanita Ditahan, Sembilan Tong Gas Dirampas Dalam Kes Ceroboh Stor
Oleh: Romie Stanley DGuns TAWAU, 2 Okt: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia kira-kira 61 tahun dan merampas sembilan tong gas bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah stor penyimpanan barangan kedai di Kalabakan, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kalabakan di Kampung Mangga, Kalabakan, hasil maklumat yang diterima mengenai penglibatannya dalam kes itu. Menurutnya, pemerik
nabalunews


MDKB Bantu Peniaga Terjejas, Pengubahsuaian Pasar Dijangka Siap Sebelum Akhir Oktober
Oleh Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 2 Okt: Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) akan mengambil langkah bersesuaian bagi membantu peniaga sayur dan buah yang terjejas akibat bencana alam semalam. MDKB dalam kenyataan semalam memaklumkan, kerja pengubahsuaian Pasar Sayur dan Buah Kota Belud juga dijangka disiapkan lebih awal, iaitu sebelum akhir Oktober ini, berbanding tempoh pelaksanaan asal sehingga November. Menurut kenyataan itu, kontraktor menyatakan komitmen untuk berusaha me
nabalunews
bottom of page
